Raya ala Glam Syawalista Bersama Jenama Aliff Syukri

Jenama Aliff Syukri baru-baru ini telah menyertai NUSA KRAF 2017 yang bertempat di KL SOGO dan mempamerkan koleksi Raya terbaru daripada mereka.

Aliff Syukri, jenama di bawah Dato’ Aliff Syukri hadir dengan koleksi Raya GLAM SYAWALISTA tahun ini dengan mengangkat suntikan mewah daripada segi warna, perincian dan kemasan. Terdapat empat jenis baju raya wanita, satu jenis baju Melayu kurta dengan lima pilihan warna dan pelbagai koleksi tudung Raya.

Koleksi baju Raya wanita menggunakan kualiti fabrik yang bermutu tinggi dengan warna mewah berserta perincian kemasan. Baju Melayu boleh dijadikan kurta dan setiap pembelian akan menerima sampin secara percuma. Keistimewaan koleksi tudung Raya pula terletak pada rekaan dan warna segar serta mudah dipadankan dengan persalinan Raya. Fabrik yang digunakan adalah lembut dan senang dipakai, malah rekaan tudung ini boleh dipakai secara ‘2-way’.

Harga yang ditawarkan cukup berpatutan iaitu bermula daripada RM99 – RM299.

Kesemua koleksi ini boleh anda dapatkan secara dalam talian, di butik dan stokis Aliff Syukri di seluruh Malaysia termasuk Singapura dan Brunei. Layari http://ift.tt/2rWhFer untuk maklumat lanjut!

The post Raya ala Glam Syawalista Bersama Jenama Aliff Syukri appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment