Koleksi Raya Edisi Terhad Sugarscarf X Sherry Ibrahim

Sugarscarf mempersembahkan koleksi Raya edisi terhad bersama bintang undangan Sherry Ibrahim.

Sugarscarf bekerjasama dengan selebriti terkenal tanah air, Sherry Ibrahim dengan melancarkan koleksi Raya eksklusif terbaru. Koleksi edisi terhad ini menampilkan tiga rekaan tersendiri dalam lebih 30 warna, setiap satunya menggabungkan elemen warna berus yang dipadankan dengan tona ceria dan meriah yang digandingkan seiring warna pastel polos yang lembut.

Nur Atiqah Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Eyqa Sulaiman, Pengasas Sugarscarf berkata, “Kami berasa amat berbesar hati atas kesudian Sherry Ibrahim untuk berkolaborasi sebagai bintang undangan untuk koleksi Raya tahun ini. Dia menjiwai karakter seorang wanita yang moden dan bergaya – kualiti yang disukai dan sering kita lihat pada hari ini. Tambahan pula, Sherry berkongsi minat dalam mengembara seperti saya. Sebagai seorang yang sering berkelana, setiap warna dan corak yang dilihat di sekeliling menjadi sumber inspirasi dan menjadi sebahagian besar dalam hidup.”

“Saya membayangkan motif abstrak yang sekata, tetapi tetap tampil moden kerana ianya begitu versatil dan boleh dipadankan dengan apa jua pakaian dengan begitu senang sekali. Tona yang dipilih untuk koleksi ini adalah berdasarkan emosi yang mampu mencerminkan identiti seseorang,” tambah Eyqa lagi.

Untuk koleksi Raya edisi terhad yang diberi nama EUPHORIA ini, hanya terdapat 100 helai untuk setiap rekaan.

“Melihat idea yang dijana bertukar menjadi realiti menjadikan saya betul-betul bangga. Saya ingin berterima kasih kepada Sugarscarf kerana sudi berkolaborasi bersama saya sebagai bintang undangan untuk koleksi ini. Saya tidak mahu berpegang kepada rona tertentu kerana saya mahu setiap rekaan itu mencerminkan sisi unik personaliti seseorang. Fikirkan bintang bersinar, unicorn, keindahan pelangi, kisah dongeng dan kebahagiaan selamanya!” kata Sherry yang kelihatan begitu teruja.

Koleksi ini boleh anda dapatkan dalam rekaan selendang, semi-instant Madison dan juga segi empat. Disediakan secara eksklusif untuk Raya ini, anda boleh dapatkan ia di butik Sugarscarf atau beli secara dalam talian di http://sugarscarf.com/.

The post Koleksi Raya Edisi Terhad Sugarscarf X Sherry Ibrahim appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment