Tubuh badan manusia dicipta agar ia dapat menghantar isyarat kepada anda untuk memberitahu sebarang tanda yang ada sesuatu yang tidak kena dengan badan anda. Malangnya, ramai di antara anda yang terlepas pandang akan tanda yang diberikan dan berfikir semuanya akan baik sahaja. Jelita senaraikan tujuh tanda awal yang boleh menunjukkan kepada penyakit kanser namun bagaimanapun ia mungkin juga tanda ini menunjukkan kepada penyakit yang lain jadi adalah lebih baik jika anda pergi berjumpa doktor secepat yang mungkin.
Gambar: Shutterstock
Neoplasma Kulit
Neoplasma dianggap sebagai tanda awal untuk kanser kulit atau kanser payudara. Gejala lain termasuk:
- Benjolan keras pada payudara atau ketiak
- Kerengsaan atau ruam yang tidak diketahui puncanya dan ia tidak berkaitan dengan makanan ataupun alahan kosmetik
- Muncul ulser basah di tengah neoplasma
- Pertumbuhan tanda lahir atau terdapat perubahan bentuk payudara.
Batuk Berterusan
Batuk yang berpanjangan adalah salah satu tanda awal penyakit kanser paru-paru. Antara tanda awal lain adalah:
- Kurang selera makan
- Berat badan turun mendadak
- Pada peringkat akhir, kanser paru-paru akan menyebabkan batuk berdarah dan sesak nafas.
Gatal Kulit
Dalm kebanyakan kes, ruam kulit tidak dikaitkan dengan tumor namun penyelidikan klinikal menunjukkan beberapa tanda awal yang lain:
- Neoplasma rahim akan menyebabkan kegatalan pada kemaluan.
- Kanser otak boleh mencetuskan kegatalan di bahagian hidung.
Fungsi Usus Berubah
Perubahan pada fungsi usus boleh menyebabkan:
- Darah pada najis
- Rembesan mukus atau bernanah.
- Membuang air besar secara spontan
Rembesan Apabila Membuang Air Kecil
Ini mungkin adalah tanda kanser buah pinggan yang turut dikaitkan dengan beberapa gejala lain seperti:
- Berdarah ketika membuang air kecil
- Tekanan darah tinggi
- Sakit di bahagian buah pinggang
- Lemah yang kronik.
Berat Badan Turun Mendadak
Penurunan berat badan yang tidak dapat diterangkan mungkin akan berlaku apabila anda mempunyai kanser pertu. Pada peringkat awal, aktiviti klinikal tidak begitu jelas. Walau bagaimanapaun, tanda yang lain boleh dikenalpasti dengan mudah.
- Tidak selera dengan daging
- Perasaan bersalah pramatang (perasaan bersalah apabila anda merasakan anda makan dengan begitu banyak namun sebenarnya anda mengambil makanan dalam jumlah yang kecil).
- Anemia
- Kesukaran menghadam makanan.
Sakit Tekak Yang Berterusan
Sakit tekak yang berterusan mungkin adalah tanda awal untuk penyakit kanser pangkal tekak yang turut dikaitkan dengan tanda berikut:
- Kesukaran bernafas dan menelan
- Muncul ketulan di tekak dengan pertumbuhan neoplasma
- Suara serak sehingga kehilangan suara.
- Batuk berdarah, nafas berbau.
The post 7 Tanda Awal Kanser Yang Sering Diabaikan appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment