7 Cara Luar Biasa Yang Selebriti Gunakan Untuk Turunkan Berat Badan

Hidup sebagai seorang selebriti itu tidak sama dengan hidup sebagai individu biasa. Kebiasannya anda akan mula keluar bekerja pada hari Isnin sehinggalah hari Jumaat dan rutin itu akan diteruskan setiap hari. Bagi selebriti pula, sebahagian besar hidup mereka adalah untuk memenuhi jangkaan yang telah ditetapkan untuk mereka. Ini termasuklah dengan rutin diet mereka. Selebriti akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan bentuk badan yang telah ditetapkan untuk mereka. Jelita senaraikan tujuh cara luar biasa yang selebriti gunakan untuk turunkan berat badan.
 

 
Natalie Portman

Untuk memainkan watak sebagai penari balet tanpa sebarang masalah berat badan, Naomi harus mempunyai berat kira-kira 80 paun, Oleh itu, Natalie mula mengamalkan pemakanan yang hampir sama dengan watak penari baletnya. Setengah biji limau gedang, lobak merah dan beberapa biji buah bada. Walaupun, dietnya mungkin agak ekstrem namun untuk mendapatkan Anugerah Akademi rasanya ia berbaloi, bukan?
 

 
Beyonce

Beyonce pula enggan mengambil makanan yang berat demi untuk mengurangkan berat badannya sebanyak 15 paun untuk memainkan watak di dalam filem Dreamgirls. Selama dua minggu, penyanyi sensasi itu hanya minum air dengan jus lemon, cili merah dan sirap maple dengan tambahan sayuran segar di atasnya. Hasilnya, Beyonce mencapai berat badan yang diinginkannya namun dia mengakui bahawa dia tidak mahu lagi mencuba eksperimen itu lagi.
 

 
Reese Witherspoon

Reese Witherspoon pula beralih kepada diet popular yang berasaskan makanan bayi untuk mendapatkan semula bentuk badannya selepas bersalin. Rahsia selebriti ini mudah sahaja: makanan puri mudah untuk dihadam manakala saiz hidangan tidak akan membiarkan anda makan dengan terlalu banyak.
 

 
Anne Hathaway

Untuk memmainkan watak seroang pekerja kilang yang mati kerana penyakit TB dalam filem Les Miserables memerlukan Anne untuk mendapatkan bentuk badan yang sama. Oleh itu, pelakon terkenal ini tidak akan mengambil makanan lebih daripada 500 input tenaga kcal. Dia hanya akan mengambil dua sajian oat kering dan lobak setiap hari.
 

 
Christina Aguilera

Penyanyi terkenal ini pula mengamalkan diet yang luar biasa, Setiap hari dia akan mengambil makanan yang rangup. lembut, panas dan sejuk dan makanan itu juga perlu dari warna yang sama. Jika pada hari Isnin dia makan makanan berwarna putih, maka dia akan mengamalkan makanan yang berwarna putih seperti kale, kacang putih dan keju lembut, Sukar untuk meragui keberkesanan rutin dietnya apabila melihat tubuh badannya yang cantik.
 

 
Madonna

Penyanyi lagenda ini pula berjaya membuktikan bahawa anda masih boleh mendapatkan tubuh yang cantik dan sihat walaupun di usia 58 tahun. Madonna benar-benar menjaga dietnya, Jika sesetengah individu hanya memotong jumlah kalori yang diambil, Madonna pula tidak akan sesekali menyentuh makanan yang berkalori. Diet Madonna adalah berasaskan kepada andaian bahawa udara adalah cukup untuk menyokong aktiviti tubuh anda. Dia akan memasak makanan namun dia tidak akan memakannya. Dia hanya mengambil baunya dan tidak akan makan makanan itu. Dia hanya mengamalkan sup air masin.
 

 
Nicole Kidman

Selepas bersalin, Nicole terpaksa mengamalkan diet yang agak ketat untuk mendapatkan tubuh badan yang diperlukan untuk projeknya akan datang. Dietnya terdiri daripada sebiji telur rebus untuk sarapan pagi dan sebiji untuk makan malam. Rutin diet ini adalah tidak sihat dan tidak seimbang namun pelakon ini telah turun berat badan lebih dari yang dijangkakan.

The post 7 Cara Luar Biasa Yang Selebriti Gunakan Untuk Turunkan Berat Badan appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment