Sara Ali Kembali Ke Imej Asal?

Sebelum ini, Uqasha Senrose mengambil tindakan untuk tidak lagi berhijab selepas tiga tahun mengenakannya tetapi kini Sara Ali pula dikatakan melakukan sedemikian rupa, namun masih belum pasti kesahihannya.

 

Sara pada tahun 2014. Gambar : Instagram Sara Ali

 

Umum tahu yang Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2015 ini mula berhijab sejak Januari tahun lalu. Namun, baru-baru ini tersebar sekeping gambar Sara tidak mengenakan tudung ketika bercuti di Shanghai, China bersama seorang lelaki.

 

Gambar tersebut telah membuat ramai yang tertanya-tanya adakah dia memang benar telah kembali pada imej asalnya. Menurut laporan BH Online, Sara tidak mahu memberi sebarang komen berkenaan isu tersebut dan menyatakan bahawa tiada siapa yang akan faham.

 

Imejnya tidak bertudung itu sebenarnya dimuat naik oleh lelaki yang tidak dikenali tersebut ke dalam akaun Instagramnya. Setelah menarik perhatian ramai dengan soalan berkenaan gayanya itu, akaun tersebut terus ditetapkan pada modeprivate‘.

 

Gambar : Instagram Sara Ali

 

Sara sememangnya seorang yang jarang memuat naik gambar dirinya di laman sosial. Bagaimanapun dia telah memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan seorang wanita tidak bertudung di meja makan yang dipercayai dirinya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

The post Sara Ali Kembali Ke Imej Asal? appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment