Tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang yang sudah termaktub. Ini termasuklah daripada kerabat diraja sendiri. Bahkan, kerabat diraja juga harus mematuhi peraturan yang sudah ditetapkan. Jelita senaraikan 10 peraturan yang harus dipatuhi oleh kerabat diraja England.
Mereka Harus Menyimpan Enam Ekor Burung Gagak Di Menara London
Menurut kepercayaan, jika enam ekor gagak ini meninggalkan Menara London, kerajaan England akan jatuh. Oleh itu, kerabat diraja harus memastikan terdapat sekurang-kurangnya enam ekor burung gagak yang tinggal di benteng menara itu untuk mengelakkan dari menara dan kerajaan England dari jatuh. Hingga ke hari ini, mereka akan memastikan burung di Menara England itu dijaga dengan baik dan bilangannya melebihi bilangan minimum.
Mereka Tidak Boleh Disentuh Oleh Rakyat Biasa
Peraturan ini antara peraturan yang sering dilanggar oleh kerabat diraja England. Rakyat biasa tidak boleh terlalu dekat denagn kerabat diraja namun apabila mereka bergambar dengan selebriti, sentuhan itu boleh berlaku.
Mereka Tidak Boleh Mengundi
Kerabat diraja tidak boleh mengundi kerana undian mereka boleh mempengaruhi pandangan umum dengan cara yang tidak adil. Sebaliknya, mereka akan lebih fokus kepada kerjasama dengan parti pemerintah dan menjaga hal politik agar ia berjalan dengan lebih lancar.
Mereka Tidak Boleh Memegang Jawatan Politik
Ini untuk memastikan kerabat diraja tidak diberikan sebarang kuasa politik yang boleh mengubah pendapat rakyat atau menggunakannya untuk meraih kepentingan peribadi daripada posisi itu.
Mereka Tidak Boleh Main Monopoli
Prince Adrew, Duke of York telah memberitahu ketika dia membuat kemunculan awam beberapa tahun yang lalu, dia pernah diberikan permainan perdagangan hartanah dan dia akui mereka tidak dibenarkan bermain di rumah kerana ia boleh menjadi agak ganas pada satu masa.
Mereka Tidak Boleh Makan Kerang
Ini adalah lebih kepada langkah berjaga-jaga dan ia bukannya peraturan yang sebenar. Beberapa kerabat diraja, termasuk Ratu memilih untuk tidak makan kerang dan beberapa makanan laut yang lain untuk mengelakkan reaksi alahan atau keracunan makanan.
Mereka Harus Duduk Mengikut Posisi Dan Status
Ini adalah antara peraturan yang paling ketat. Setiap kali terdapat majlis perkahwinan, kerabat diraja harus berarak masuk ke dalam istana mengikut pangkat mereka dan Ratu Elizabeth II (atau raja yang memerintah) akan berada di barisan paling hadapan.
Mereka Tidak Boleh Mengikut Kepercayaan Roman Katolik
Walaupun undang-undang ini sudah ditukar pada tahun 2011 dan sekaligus membenarkan kerabat diraja untuk mengahwini dengan pasangan dengan kepercayaan Roman Katolik, mereka sendiri harus kekal setia kepada Gereja England.
Pakaian Mereka Tidak Boleh Membawa Sebarang Mesej Tertentu
Kerabat diraja harus menerajui bidang fesyen dengan gaya yang anggun dan elegan. Oleh itu, pilihan pakaian mereka tidak boleh menghantar sebarang mesej yang jelas. Pakaian mereka biasanya sederhana lagi bergaya.
Mereka Tidak Boleh Makan Selepas Ratu Telah Selesai Makan
Sesiapa yang makan bersama Ratu, termasuk keluarga diraja harus tahu peraturan mudah ini. Mereka mesti sentiasa mengikut setiap langkah Ratu Elizabeth II dan buat apa sahaja yang dilakukannya. Jadi, jika dia berhenti makan, maka yang lain juga harus berhenti makan.
The post 10 Peraturan Diraja England Yang Tidak Boleh Dilanggar appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment