Pengambilan makan yang berkhasiat bukan sahaja menjamin kesihatan tubuh badan anda tetapi ia juga membantu dalam memberikan seri kepada wajah anda. Oleh itu, amat penting sekali jika anda mengamalkan gaya pemakanan yang sihat untuk mendapatkan kulit wajah yang berseri. Jelita senaraikan tujuh makanan yang perlu dielakkan untuk mendapatkan wajah yang berseri.
Keju Susu Lembu
Produk tenusu adalah salah satu penyebab kepada masalah kulit seperti jerawat. Ini kerana produk tenusu mengandungi banyak hormon dari lembu yang mana ia boleh bertukar menjadi hormon jerawat kepada manusia. Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2009 menunjukkan susu lembu telah menjadi punca kepada peningkatan masalah jerawat.
Biskut Kering dan Sumber Karbohidrat Proses
Sumber makanan karbohidrat proses kebanyakannya akan meningkatkan kadar insulin dalam badan anda. Makan jenis ini termasuklah roti, bijirin, pasta, nasi dan makanan serta minuman yang manis. Makanan karbohidrat proses ini akan berpecah dengan cepat dan ia akan bertukar menjadi gula dan sekaligus meningkatkan kandungan insulin dalam tubuh anda.
Jus
Kebanyakan minuman jus mengandungi lebih dari 50gram gula. Selain itu, ia juga mengandungi fiber semula jadi yang mana ia membantu dalam pembuangan insulin. Jadi, pastikan anda mengurangkan pengambilan gula jika anda mahu kulit anda sentiasa tampak berseri.
Soda
Soda adalah antara minuman yang banyak mengandungi gula dan bahan kimia lain yang mana ia menghasilkan masalah radang pada tubuh anda. Soda bukan sahaja meningkatkan tahap insulin tetapi ia juga menganggu bakteria sihat dalam tubuh anda yang mana ia akan menghasilkan masalah kulit seperti eczema, jerawat dan banyak lagi.
Sup Tin
Sup di dalam tin memang mudah untuk dimasak namun ia kaya dengan sodium dan BPA (bisphenol). Kandungan garam yang terkandung dalam sup tin boleh membuatkan kulit anda mengalami masalah kulit kering dan kusam kerana kekurangan air.
Tuna Tin
Tuna di dalam tin biasanya dihasilkan dari sumber ikan ternak dan ia juga kekurangan nutrien. Bahkan, ikan tuna juga mengandungi tahap merkuri yang tinggi di mana ia boleh menjadi punca kepada keracunan merkuri.
Kopi
Kafein adalah duretik yang boleh menyebabkan badan anda kehilangan air dan kulit anda boleh menjadi dehidrat dan tampak kusam dan kering.
Sumber: EH!
The post Jangan Makan Makanan Ini Jika Anda Mahu Kulit Berseri appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment