Ini Dia Tiga Cara Penjagaan Kulit Turun-temurun Priyanka Chopra Untuk Kekal Cantik Semula Jadi

Priyanka Chopra sememangnya layak bergelar wanita kedua tercantik di dunia kerana lihat sahaja pada amalan kecantikan turun-temurunnya, segalanya ternyata semula jadi dan menyihatkan.

 

Gambar : Sumber Google

 

Bintang Bollywood ini diberi gelaran tersebut menerusi undian ramai. Umum tahu yang Priyanka kini sudah pun melebarkan sayapnya di bumi Hollywood, dan gara-gara itu namanya kian popular di dunia.

 

Jika anda tertanya-tanya akan penjagaan kecantikan amalan Priyanka, EH! kongsikan tiga resipi pengelupasan serta masker kulit dari aktres menawan ini untuk dijadikan inspirasi.

 

Skrub Bibir

 

Bahan-bahan:

Garam laut

Gliserin Sayur-sayuran

Air Mawar

 

Cara-cara:

Tuang sedikit garam laut ke dalam mangkuk. Campurkan sedikit gliserin sayur-sayuran serta air mawar. Gaul sehingga sebati dan skrub pada permukaan bibir. Setelah selesai, lap menggunakan napkin. Bibir akan lebih mungil serta merah semula jadi.

 

Skrub Badan

 

Bahan-bahan: 

Secawan tepung serbaguna

Yogurt

1/2 lemon

Susu penuh atau susu skim (untuk kulit berminyak)

Serbuk cendana

Serbuk kunyit

 

Cara-cara:

Tuang secawan tepung ke dalam mangkuk. Campurkan sesenduk yogurt dan gaulkan sehingga ia menjadi pes. Tambah sedikit perahan lemon. Masukkan sedikit susu penuh. Kemudian, tuangkan sedikit serbuk cendana dan serbuk kunyit. Pastikan ia tidak menjadi terlalu kekuningan. Kacau sehingga sebati. Sapukan pada bahagian kulit yang anda tumpukan. Biarkan ia mengering seketika dan kemudian skrub kulit anda sehingga ia kelihatan seperti mengelupas. Mandi selepas selesai. “Skrub badan ini mampu mengelupas sel kulit mati, menghidrat, melembap serta menyembuhkan cela.”

 

Rawatan Kulit Kepala

 

Bahan-bahan : 

Yogurt penuh lemak

Madu

Telur

 

Cara-cara: 

Tuangkan beberapa sudu yogurt penuh lemak ke dalam mangkuk. Yogurt sebenarnya mampu menghidrat dan menyejukkan kulit kepala. Campurkan sesudu teh madu. Masukkan sebiji telur ke dalam campuran tadi dan kacau sebati. Sapukan pada rambut. Biarkan selama 30 minit. Bilas rambut menggunakan shampu bayi berserta air suam. “Ia sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit kepala kering dan kelemumur.”

 

Resipi penjagaan kecantikan ini dikongsikan oleh Priyanka Chopra menerusi Vogue Runway. EH! kongsikan videonya di bawah.

 

Priyanka Chopra Reveals 3 All-Natural, DIY Skin Secrets

Priyanka Chopra shares the beauty secrets she learned from her mother: http://vogue.cm/Y0TaNFC

Posted by Vogue Runway on 26hb Mac 2017

 

 

The post Ini Dia Tiga Cara Penjagaan Kulit Turun-temurun Priyanka Chopra Untuk Kekal Cantik Semula Jadi appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment