Urutan wajah yang ringkas sebenarnya dapat membantu penyerapan sempurna krim atau serum ke dalam kulit.
Walaupun anda tidak menggunakan apa-apa krim, urutan wajah boleh dilakukan contohnya sewaktu mencuci wajah ataupun sebelum dan selepas bangun tidur. Ia juga dapat membantu melancarkan perjalanan darah lantas kulit menjadi lebih segar, anjal, kurang garis halus dan berseri!
1. Urutan Mini
Urut dengan teknik mengurut ke atas, mulakan dari bawah kemudian bergerak ke atas bagi menegangkan tisu kulit.
2. Ketika Mencuci
Anda boleh merawat serta membersihkan kulit pada waktu yang sama, mulakan cucian menggunakan hujung jari dengan teknik membulat dari rahang hingga ke atas dahi. Ia dapat melancarkan perjalanan darah secara tidak langsung membuat kulit lebih bersinar dan bersih.
3. Sapu Pelembap
Tidak kira jenis, baik serum, krim atau minyak, oles dengan lembut pada kulit dengan teknik urut membulat sambil bergerak ke atas dari leher hingga ke atas dahi. Ulangi urutan sehingga dua minit.
4. Regangkan Rahang
Tanpa disedari, rahang anda sebenarnya agak stres menjelang malam. Jadi lakukan urutan rahang dengan menggunakan sedikit minyak pelembap bagi mengurangkan ketegangan rahang. Bermula dari dagu kemudian gerakkan ke atas rahang hingga ke hadapan telinga. Lakukan beberapa kali bagi menganjalkan kawasan rahang sambil menguatkan lagi tulang.
5. Serlahkan Tulang Pipi
Gunakan jari manis dan jari tengah, letakkan ia di bahagian bawah tepi hidung kemudian bayangkan satu garisan ke arah tulang pipi. Ikut garisan itu dengan menggerakkan kedua-dua jari tadi ke arah tulang pipi hingga ke tepi wajah. Lakukan urutan ini setiap pagi dan malam ataupun siang hari, ia dapat menyerlahkan tulang pipi anda secara semula jadi!
The post Cara Mengurut Wajah Supaya Kulit Lebih Mudah Menyerap Nutrien Pelembap appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment