Jika dahulu konsep penggunaan bra hanya untuk rasa selesa, kini dengan koleksi baru yang diperkenalkan dari Triumph, anda boleh menikmati pelbagai faedah dalam hanya satu bra! Menarikkan?
Untuk wanita yang mengamalkan gaya hidup aktif, kerap melakukan senaman dan dalam masa tetap mahu tampil cantik dengan bentuk tubuh dan payudara menawan, koleksi Triaction menawarkan penyelesaian untuk anda.
Musim ini, Triumph memperkenalkan teknologi baru yang menggabungkan elemen fesyen dan fungsi yang hebat. Koleksi Dynamic Lite menawarkan proses Powertech 3D yang menggabungkan pelbagai lapisan untuk mampatan anti-lantunan seba boleh, sokongan terunggul dan keselesaan tinggi mengikut lengkung badan anda. Rangkaian pakaian dalam Magic Motion adalah antara jualan paling laris dan menampilkan Magic Motion Air Technology. Ini menawarkan sokongan wayar tetapi dengan keselesaan tambahan dan fleksibiliti kepada si pemakai. Fabrik yang digunakan mempunyai ciri cepat kering dan cawan bertebuk membolehkan pengaliran udara yang baik.
Untuk pengetahuan anda juga, koleksi ini turut memberikan kawalan lantunan yang diperakui Kumpulan Penyelidikan terkenal dalam Kesihatan Payudara, Universiti Portsmouth dan ianya sesuai untuk pelbagai jenis bentuk badan.
Bagi koleksi The Cardio pula, ianya mengetengahkan pelbaga jenis versi bra dengan sokongan tali pada bahagian belakang badan. Jadi untuk penggiat sukan yang mahu mencari bra sukan yang tidak mengganggu waktu bersenam anda, The Cardio adalah jawapan yang tepat.
Siri The Dynamic Lite oleh Triumph ini juga pernah diumumkan semasa Red Dot Awards 2016 kerana pencapaiannya dalam reka bentuk terbaik.
The post Triump Lancar Koleksi Baru Serba Boleh appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment