Pesatnya dunia teknologi masa kini sememangnya membawa lebih banyak perubahan yang baik ke dalam kehidupan kita, tetapi dalam masa yang sama semakin menular gejala pembulian di alam siber yang berakhir dengan bunuh diri.
[caption id="attachment_104569" align="aligncenter" width="625"]
Buli membawa maksud kepada perbuatan mengasari seseorang yang lemah dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan dan kekuasaan masing-masing. Ia juga bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, tidak aman dan tidak tenteram.
Kebiasaannya kes buli ini berlaku di sekolah-sekolah yang mana si pembuli merupakan senior atau yang lebih besar dan dianggap berkuasa dari si pemangsa.
Dengan adanya teknologi canggih masa kini, kes buli di alam realiti kini mula memasuki alam siber yang semestinya lebih luas dan mampu menjatuhkan maruah seseorang dengan sekelip mata.
Masalah buli sering diambil ringan sedangkan beban yang dihadapi oleh pemangsa amatlah berat sehinggakan kes bunuh diri menjadi-jadi. Di sini EH! himpunkan lima kes pembulian siber yang paling dahsyat di dunia yang berakhirnya dengan bunuh diri.
1. Amanda Todd (15 tahun)
Gambar : Sumber Google
September 2012, seorang gadis bernama Amanda Todd yang berusia 15 tahun dan berbangsa Kanada telah memuat naik sebuah video berdurasi sembilan minit di laman YouTube dengan tajuk My Story : Struggling, Bullying, Suicide and Self-Harm. Menerusi video tersebut, Amanda tidak langsung bersuara, namun hanya menggunakan kad untuk menyampaikan masalah buli yang dihadapinya.
Ia bermula ketika usianya 13 tahun, seorang lelaki tidak dikenali menghasutnya untuk menayangkan buah dadanya ketika berkomunikasi menerusi webcam. Setahun berlalu, lelaki tersebut mula menjejaki Amanda semula menerusi Facebook dan mengugutnya untuk menyebarkan gambar topless tersebut yang dia rakam tanpa Amanda sedari sebelum ini jika dia menolak permintaan lelaki tersebut untuk membuat persembahan seks secara langsung di hadapan kamera tersebut.
Amanda menolak dan kemudian menjadikan lelaki tersebut menyebarkan gambar tersebut ke semua orang. Amanda akui yang disebabkan perkara itu membuatkan dirinya tertekan dan mula terjebak dengan alkohol dan dadah. Meskipun dia sudah dipindah ke sekolah lain, lelaki tersebut masih lagi memerhatinya. Dia membuka akaun Facebook palsu dengan nama Amanda dan menggunakan gambar topless nya sebagai gambar profil. Ini sekaligus membawa ke masalah ejekan dari rakan-rakan di sekolah barunya.
Dia turut dibuli oleh sekumpulan remaja perempuan sehinggakan dia terbaring di atas lantai akibat dipukul teruk. Setelah dibawa pulang oleh bapanya, dia turut mencuba untuk membunuh diri dengan mengambil peluntur sehingga digegaskan ke hospital. Sebulan selepas video yang dimuat naiknya viral di media sosial, Amanda akhirnya membunuh diri akibat tekanan perasaan yang melampau.
2. Hope Witsell (13 tahun)
Gambar : Sumber Google
Ia bermula pabila Hope, seorang remaja Florida menghantar gambar bogelnya kepada seorang lelaki yang digemarinya. Seorang remaja perempuan telah meminjam telefon remaja lelaki tersebut dan menjumpai gambar Hope tersebut dan mula menyebarkannya ke pelajar yang lain. Gambar bogel itu tersebar luas di sekolahnya dan beberapa sekolah lain. Disebabkan itu, gejala buli dan ejekan mula menjadi-jadi.
Pihak sekolah menemui gambar bogel tersebut dan disebabkan itu Hope digantung dari persekolahan sebelum memasuki gred ke-8. Apabila dia kembali ke sekolah, kaunselor terlihat luka di kaki Hope dan meminta Hope untuk menandatangani sebuah kontrak supaya tidak membahayakan dirinya, dan Hope bersetuju untuk memberitahu orang dewasa jika dia merasa cenderung untuk mencederakan dirinya.
Keesokan harinya, Hope didapati menggantung diri di bilik tidurnya. Hope menulis di dalam jurnalnya; “I’m done for sure now. Saya mula rasakannya di dalam perut saya. Saya akan cuba dan gantung diri saya. Saya harap ia berjaya.”
3. Phoebe Prince (15 tahun)
Gambar : Sumber Google
Phoebe Prince merupakan seorang gadis pendatang dari Irish dan bersekolah di South Hadley High School di Massachusetts. Phoebe didapati menggantung dirinya dua hari sebelum hari acara tarian musim sejuk di sekolahnya. Phoebe menjadi mangsa buli siber di sekolah barunya dek kerana seorang teman lelaki yang Phoebe undang untuk acara tarian itu yang mana seorang pemain ragbi senior di sekolah itu.
Phoebe menjadi mangsa buli dan mula dipanggil dengan panggilan ‘perempuan murahan Irish dan pelacur di Twitter, Facebook dan banyak lagi aplikasi media sosial lain termasuklah di sekolah. Meskipun selepas kematiannya, masih ada segelintir remaja perempuan meninggal pesanan kejam di akaun Facebook yang direka untuk mengingatinya.
4. Rebecca Sedwick (12 tahun)
Gambar : Sumber Google
September 2013, Rebecca Sedwick telah terjun dari atas tempat tinggi ke atas simen yang ditinggalkan lama di Florida. Polis yang menyiasat kes bunuh diri Rebecca mendapati beberapa mesej kejam yang dihantar kepada Rebecca dari sekumpulan gadis di sekolahnya. Gadis-gadis tersebut dikatakan seakan cemburu dengan Rebecca yang pernah berkait dengan seorang remaja lelaki yang mereka dambakan. Mesej tersebut turut termasuklah “Kenapa kau masih hidup” dan “Pergi bunuh diri.”
Penyiasat turut mendapati di mana Rebecca pernah mencari frasa seperti “berapa banyak dos dadah yang perlu diambil dan boleh menyebabkan kematian?”, dan “bagaimana untuk mengeluarkan bilah dari pisau cukur.” Sebelum ini Rebecca turut pernah dimasukkan ke hospital gara-gara memotong lengannya.
Dia turut pernah menukar namanya di atas talian kepada “That Dead Girl” dan membuat screensaver di komputernya dengan menunjukkan kepalanya diletakkan di atas trak kereta api. Rebecca sempat menghantar mesej kepada seorang remaja lelaki berusia 12 tahun dengan menyatakan,”Saya ingin terjun dan saya tidak boleh tahan dengan semua ini lagi.”
5. Megan Meier (13 Tahun)
Gambar : Sumber Google
Megan telah menggantung dirinya di dalam almari kamar tidurnya pada Oktober 2006. Megan bergelut dengan gangguan defisit perhatian dan kemurungan di samping isu-isu berkaitan dengan berat badannya. Lebih kurang lima minggu sebelum kematiannya, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun bernama Josh Evans meminta untuk bersahabat dengan Megan di lama sosial MySpace. Mereka berdua mula berkomunikasi secara atas talian dengan kerap meskipun mereka tidak pernah bertemu atau bercakap di telefon.
Pada pertengahan bulan Oktober, Josh mula menyatakan tidak mahu bersahabat dengannya lagi dan mesej dari Josh semakin berunsur kejam dan akhirnya Josh mengatakan kepada Megan,”Dunia ini lebih baik jika ketiadaan kamu.” Buli siber yang dihadapi Megan mula bertambah pabila rakan sekelas serta kenalan di MySpace mula menghantar mesej yang mengganggu perasaannya. Ia hanya 20 minit selepas Megan mula meninggalkan komputernya dan pergi ke kamarnya dan sejurus selepas itu ibu Megan menjumpainya tergantung di dalam almari pakaian. Megan meninggal dunia sehari selepas itu, di mana tiga minggu sebelum tiba hari ulang tahun kelahirannya yang ke-14.
The post Lima Kes Pembulian Siber Paling Dahsyat Di Dunia Yang Berakhir Dengan Bunuh Diri appeared first on EH!.

0 comments :
Post a Comment