Lima Buah Warna Kuning Untuk Keserian Wajah

Selain menggunakan pelbagai produk penjagaan kulit, anda juga boleh mengamalkan cara semula jadi untuk memastikan kulit anda kekal cantik, sihat dan bebas masalah. Ini lima jenis buah -buahan berkhasiat yang mampu membuatkan kulit anda lebih cantik dan berseri.

Lemon – Mengandungi Vitamin C yang berfungsi untuk menjaga kulit anda untuk menjadi lebih cantik. Selain itu, anda boleh mengambil segelas air dicampur dengan madu dan sedikit jus limau pada setiap pagi bagi membersihkan kulit. Serta memastikan kulit lebih segar dan sihat.

Betik – Kaya dengan anti oksidan dan enzim khas yang mampu membuang sel kulit mati dan kekotoran pada kulit. Caranya, dengan meratakan isi betik pada kulit. Kesannya, kulit menjadi lebih cantik daripada sebelumnya.

 

Pisang – Buah ini kaya dengan sumber zat besi, magnesium dan kalsium yang mejadikan tubuh lebih sihat. Selain itu, pisang juga boleh mengurangkan masalah senggugut. Selain rasanya yang sedap, pisang kaya dengan Vitamin A, B dan E. Jadi, buah ini ialah agen anti penuaan yang membantu kulit anda tampil lebih halus dan berseri.

 

Mangga – Buah kesukaan ramai ini memberikan kesan yang positif kepada kulit kerana kaya dengan Vitamin A dan antioksida. Membuatkannya mampu membantu melawan penuaan serta mengembalikan keanjalan kulit.

 

Oren – Seperti yang diketahui, oren kaya dengan Vitamin C kerana kemampuannya untuk memulihkan kulit. Gosokkan bahagian dalam oren pada kulit anda untuk menyuburkanya. Selain itu, oren juga boleh dikeringkan menjadi tepung untuk digunakan sebagai pencuci wajah semula jadi.

 

orange

The post Lima Buah Warna Kuning Untuk Keserian Wajah appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment