Hugh Jackman Mahu Shah Rukh Khan Bawa Watak Wolverine Jika Diberi Kesempatan

 

Hugh Jackman meluahkan perasaannya yang mana beranggapan Shah Rukh Khan mungkin boleh membawa watak Wolverine selepas ini. 

 

Gambar : Sumber Google

 

Aktor kelahiran Australia ini sudah memainkan watak tersebut selama 16 tahun. Pada mulanya, Jackman tampil dengan karakter tersebut menerusi filem X-Men pada tahun 2000.

 

Jadi, secara terangnya Jackman tidak akan lagi membawa watak Wolverin lagi, tetapi persoalannya siapa?

 

“Saya rasa Shah Rukh Khan boleh memainkan watak mutan tersebut,” ujar Jackman kepada media antarabangsa. Umum tahu yang mana filem yang bakal menemui pawagam berjudul Logan adalah sebuah filem yang terakhir Jackman akan tampil dengan memegang watak Wolverine.

 

Mungkin ini hanyalah satu cadangan dari Jackman tetapi tidak pasti jika kumpulan produksi X-Men mengambil kata-kata Jackman secara serius atau pun tidak, jawapannya kita nantikan.

 

Filem arahan James Mangolf yang bertajuk Logan mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 2 Mac 2017.

 

The post Hugh Jackman Mahu Shah Rukh Khan Bawa Watak Wolverine Jika Diberi Kesempatan appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment