Alamilah kemeriahan sebuah pusat makanan yang bertemakan filem animasi terkenal DreamsWorks, Kung Fu Panda Village yang bakal dibuka di Malaysia. Medan selera seluar 40,000 kaki persegi ini menawarkan pelbagai jenis makanan serta minuman yang berkonsepkan watak di dalam filem animasi terbabit seperti Po dan The Furious Five. Ia bakal di buka di Aras LG1, Sunway Pyramid West, di bangunan tambahan baharu Pusat Membeli-belah Sunway Pyramid.
Jadilah yang pertama untuk merakamkan detik-detik menarik di Kung Fu Panda Village di dalam media sosial, di amana anda boleh bergambar bersama ukiran karakter animasi kegemaran anda seperti Po, Master Shifu, Master Oogway dan banyak lagi setibanya anda di medan selera itu. Anda juga boleh menggunakan khidmat jurugambar professional dan bawa pulang gambar yang telah dicetak sebagai kenangan!
Anda juga boleh mencuba pelbagai jenis hidangan yang diilhamkan oleh Po yang tiada tandingannya. Nikamtilah makanan yang enak seperti ladu dan mee istimewa yang menjadi pilihan utama karakter Po di restoran Dragon Warrior Noodle & Tofu. Jika anda gemarkan makanan barat, anda boleh berkunjung ke Kung Fu Panda Dine yang menyediakan hidangan ala barat yang serba enak.
Ada juga aktivit menarik yang boleh anda lakukan seperti anda boleh memperagakan pakaian #OOTD (outfit of the day) di Jade Palace dengan berlatar belakangkan beberapa siri pemandangan yang menarik. Anda juga boleh bergambar di bilik tidur Po, Po’s Bedroom.
Jelajah ke dalam Training Hall untuk melihat sendiri tempat di mana Po meluangkan banyak masanya untuk mempertajamkan kemahiran seni mempertahankan diri. Di sini, anda boleh mencuba sendiri beberapa aktiviti menarik seperti membuat mee serta mufin di gerai Mr Ping’s Noodle dan Po’s Muffin.
Anda juga boleh menganjurkan majlis di Mei Mei’s Stage. Di sini anda boleh memilih daripada pelbagai jenis pakej yang direka khas untuk penganjuran majlis tertutup dan parti hari jadi yang menjanjikan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan semua.
Lengkapkan kunjungan anda dengan menyinggah di Valley of Peace, sebuah tempat yang dipenuhi dengan gerau berwarna warni di mana pelbagai jenis barangan koleksi serta jualan Kung Fu Panda boleh didapati sebagai tanda ingatan kunjungan anda ke sini, yang mana kami pasti anda akan datang semula.
The post Alami Kemeriahan Kung Fu Panda Village Di Sunway Pyramid appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment