7 Cara Mudah Untuk Menyelesaikan Masalah Tanpa Pergaduhan

Apakah yang sering anda lakukan apabila anda terlibat dalam perbalahan atau pergaduhan? Adakah anda melawan balik atau biarkan sahaja? Menyelesaikan atau meleraikan pergaduhan bukan satu perkara yang mudah. Apabila anda bergaduh, menjerit dan mengherdik adalah perkara yang sering dilakukan. Jika kedua-dua belah pihak menggunakan cara ini maka masalah yang timbul tidak akan pernah selesai. Jadi Jelita senaraikan enam cara mudah untuk anda menyelesaikan masalah tanpa melibatkan sebarang pergaduhan.
 

Gambar: INGimage

  •  
  • Apabila anda terlibat dalam satu pergaduhan, jangan cepat melatah. Bersabar dahulu. Ambil masa untuk bernafas dan biarkan pihak yang lagi satu memberikan sebab kenapa dia marah pada anda atau sebagainya. Jangan cepat sangat ingin membalas tanpa sebarang sebab.
  • Jangan melawan. Benda tidak akan selesai sekiranya anda turut sama melawan pihak lagi satu. Ini juga boleh membawa kepada penyelesaian yang bertentangan seperti putus sahabat atau sebagainya.
  • Belajar cara dipimpin agar anda boleh memimpin orang lain. Sekiranya anda memiliki sifat kepimpinan maka rakan atau pihak lawan anda akan menzahirkan rasa hormat kepada anda. Tidak semua individu memiliki sifat kepimpinan ini.
  • Sekiranya pihak lagi satu itu menjerit kepada anda maka mereka berada di dalam keadaan afektif. Ini bermakna mereka tidak dapat berfikir secara tenang dan bertindak tanpa menggunakan akal fikiran. Jadi adalah lebih baik sekiranya anda jangan turut sama menaikkan suara anda. Sebaliknya balas dengan tenang dan cuba untuk tenangkan hati pihak satu lagi
  • Jangan membalas dengan jeritan. Cuba berbincang dalam keadaan tenang. Sekiranya kedua-dua berada dalam keadaan marah maka jangan sesekali duduk dalam satu ruang. Pergi keluar untuk tenangkan fikiran sebelum kembali semula. Berbincang dalam keadaan marah tidak akan menyelesaikan sebarang masalah.
  • Jika pihak satu lagi itu menjerit kepada anda, biarkan sahaja. Ini kerana apabila seseorang itu menjerit pada anda maka dia pasti sedang rasa bersalah ataupun moodnya tidak begitu baik. Biarkan dia menjerit sepuas hatinya. Selepas itu, barulah anda ajak dia berbincang.
  • Cara untuk menghentikan jeritan pihak satu lagi adalah dengan berdiam diri dan biarkan mereka tenang sendiri. Jangan dengar kata-kata mereka ketika sedang menjerit kerana itu hanyalah kata-kata yang dikaburi kemarahan. Kekalkan wajah yang tenang.

The post 7 Cara Mudah Untuk Menyelesaikan Masalah Tanpa Pergaduhan appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment