Tip Dekorasi Rumah Buat Si Bujang Lelaki

Kebiasaannya, keadaan rumah lelaki bujang asal boleh duduk sahaja. Hamparan tikar getah corak geometri dengan sekeping tilam di dalam bilik yang berselerak dan dinding rumah pula dibiarkan polos. Ini pemandangan biasa khusunya lelaki yang tinggal bersendirian menyewa bersama rakan.

Bagi anda yang mahu mengubah pemandangan biasa ini, perunding hiasan dalaman berpengalaman daripada Zaldeco, Faizal Zain berkongsi idea untuk dekorasi rumah bujang lelaki.

Tip dekorasi rumah bujang lelaki:

1. Apa yang perlu diutamakan penghuni rumah bujang apabila mahu menata hias rumahnya?
Selalunya orang bujang tidak memerlukan perabot yang besar dan banyak, malah dari segi rekaannya juga lebih ringkas dan moden. Jadi faktor kuantiti kegunaan perlu diberi keutamaan ketika menata hias kediaman bujang. Misalnya untuk ruang tamu memadai dengan sofa dua atau tiga tempat duduk dan bukanlah set sofa 3 +2+1.

2. Jenis perabot yang sesuai digunakan terutama di ruang tamu, bilik tidur dan ruang tamu?
Jenis perabot yang sesuai adalah yang ringkas dan moden, amat sesuai dari jenis kayu biasa mahupun lebih mudah denagn jenis besi. Selalunya perabot rumah bujang lebih pada bentuk geometri seperti bentuk bersudut, misalnya empat segi dan lain-lain.

Bagi rumah bujang, sebaiknya dapatkan satu almari untuk menyimpan barang. Mungkin daripada jenis almari sudut ataupun shelve. Ini kerana rumah buajng biasanya mempunyai pelbagai koleksi majalah dan sering berselerak di sana sini, jadi dengan adanya tempat penyimpanan, barang lebih lebih tersusun dan kemas.

3. Warna yang sesuai untuk ruang utama, bilik tidur dan dapur? Apakah warna selamat yang boleh digunakan?
Warna amat subjektif dalam pemilihan untuk dekorasi kediaman. Orang bujang masih boleh mengaplikasikan warna kegemaran mereka pada ruang di dalam rumah, cuma apa yang penting warna janganlah terlalu banyak gabungannya kerana kediaman bujang yang biasa kaecil ataupun keluasan sederhana. Warna selamat antaranya putih, kuning telur dan warna asas bumi.

4. Jenis dan warna langsir yang sesuai digunakan khususnya di ruang tamu dan bilik tidur?
Jenis langsir untuk kediaman bujang juga berbeza kerana selalunya langsir rumah bujang lebih sesuai dengan pilihan pilihan polos, untuk ruang yang sempit dapatkan langsir yang lebih terang manakala ruang yang agak besar gunakan langsir sedikit gelap.

5. Biasanya ruang dapur jarang diberi perhatian penghuni rumah bujang lelaki, jadi apakah ada tip tertentu agar ruang ini sentiasa kemas dan tidak kotor atau berhabuk?
Biasanya dapur lelaki bujang jarang ‘disentuh’ atau pun dalam istilah lain, mereka jarang turun ke dapur, atau mungkin sekali sekala ketika menyediakan mee segera. Jadi tidak perlulah perabot yang sarat. Paling sesuai letakkan kabinet dapur yang kecil dan ringkas terutamanya daripada jenis compartment. Kabinet jenis ini sesuai kerana boleh dibuka jika berpindah kelak.

The post Tip Dekorasi Rumah Buat Si Bujang Lelaki appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment