Petua Singkir Bau Kurang Enak di Dapur

Jika dapur berbau kurang enak, jangan panik kerana ada pelbagai cara tradisional untuk mengembalikan kesegaran persekitaran. Dapur yang harum pasti menceriakan dan menambah semangat untuk memasak!

Tahukah anda bahawa punca bau tidak enak di dapur adalah daripada peti sejuk? Oleh itu gunakan bekas penyimpan yang kedap udara. Penyembur atau wangian tidak elok diletakkan di dapur kerana partikel kimia mungkin akan menyerap ke dalam bahan masakan. Berikut adalah petua menghilangkan sebarang bau tidak enak di dapur:

Bau hamis atau gorengan

  • Rebus dua sudu besar serbuk kopi dengan satu gelas air. Aroma kopi akan menghilangkan bau hamis ikan atau ayam.
  • Untuk periuk yang berbau hamis, rebus kopi bersama air.
  • Rebus kulit tiga biji limau nipis atau kulit satu biji lemon atau kulit oren atau ketiga-tiganya dengan dua cawan air. Renehkan selama 30 minit di atas api perlahan.
  • Campurkan satu sudu teh serbuk kuilt kayu manis, satu sudu besar gula perang dan satu sudu mentega di dalam loyang. Bakar pada suhu 100 darjah Celsius selama satu jam. Harum bau biskut akan memenuhi ruang dapur.
  • Rebus dua sudu besar bunga cengkih dengan dua cawan air, renehkan selama 30 minit.
  • Panggang kopi di dalam ketuhar sehingga baunya semerbak.
  • Celup kapas di dalam vanila dan letakkan di segenap ruang dapur.
  • Isikan soda penaik ke dalam mangkuk kecil dan letakkan di kawasan dapur.
  • Jerang dua sudu besar soda penaik dengan dua cawan air, renehkan atas api perlahan selama 30 minit.

Bau hangus pada periuk
Potong dua atau tiga biji lemon dan rebuskan dengan air. Kemudian renehkan selama 20 minit.

Sinki berbau
Cuci piring pelapik lubang sinki dengan air dan sabun, kemudian bilas. Tuangkan tiga sudu besar soda penaik ke dalam lubang sinki dan biarkan selama satu jam. Tuangkan air panas ke dalam lubang.

Tempat sampah
Letak beberapa ketul arang atau kulit lemon di sekitar tempat atau di dalam tong sampah.

Peti sejuk berbau
Letak beberapa ketul arang di atas rak peti sejuk.

Ketuhar gelombang mikro berbau
Rebus kulit limau nipis atau kulit lemon dengan air di dalamnya selama lima minit.
Bawah sinki atau kabinet berbau
Letak beberapa helai daun pandan yang disiat dan disimpulkan kemudian biar hingga layu.

Dapur berbau asap
Isikan cuka putih di dalam mangkuk kecil yang leper dan letakkan di dapur.

The post Petua Singkir Bau Kurang Enak di Dapur appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment