Gambar: Instagram Siti Saleha
Aktres jelita, Siti Saleha bakal menamatkan zaman bujangnya bersama tunangnya, Lutfi Azhar selepas sambutan Hari Raya tahun ini.
Menurut Siti Saleha, butiran lanjut mengenai perkahwinannya akan diumumkan nanti kerana saat ini kedua-dua keluarga masih lagi dalam proses perbincangan.
“Insya-Allah kami akan berkahwin selepas Hari Raya nanti. Bagaimanapun, tarikh dan beberapa perkara lain akan diberitahu kemudian. Saya teruja dan seronok mengenai beberapa fasa perancangan hidup, tahun ini. Bukan sahaja mengenai kehidupan peribadi, tetapi uga kerjaya,” Siti Saleha- BH Online.
Siti Saleha dan Lutfi yang juga seorang pengawai kerajaan telah mengikat tali pertunangan pada 26 November lalu selepas setahun menjalinkan hubungan.
Drama 7 Hari Mencintaiku telah menjadi fenomena apabila ia ditonton hampir 12 juta penonton. Menurut Siti Saleha, berlakon dalam drama tersebut adalah pengalaman terindah sepanjang dirinya bergelar pelakon. Siti Saleha juga turut akui dia bimbang akan dibenci peminat kerana watak Mia Adriana namun Siti Saleha sahut cabaran terbabit kerana watak Mia Adriana yang sangat menarik dan jalan cerita yang berbeza dengan drama yang dia pernah lakonkan sebelum ini.
Tambah Siti Saleha lagi semua pelakon dalam drama terbabit telah memberikan komitmen dan lakonan yang hebat dan ia terbukti apabila bukan sekadar watak utama yang melekat di hati peminat, malah semua watak berjaya menangkap perhatian penonton.
Siti Saleha juga akui dirinya pernah dipeluk dan badan serta kepalanya hampir ditolah seorang wanita yang geram dengan watak Mia namun dia faham akan peminat yang terbawa-bawa dengan wataknya tetapi ramai juga yang tahu ia hanyalah sekadar lakonan.
The post Siti Saleha Akan Bernikah Selepas Raya appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment