8 Kafe Paling Cool Dan Berbaloi Pergi Kala Di Pulau Pinang

Kalau bercuti di Pulau Pinang, apa yang dicari-cari pastinya hidangan nasi kandar atau pasembur. Tapi jangan lepaskan peluang untuk cuba kafe-kafe hipster di sana kerana ada yang buatkan percutian anda lebih berbaloi-baloi.

 

Pastinya ramai yang mahukan sedikit kelainan kala mengembara. Ada yang ingin mencuba makanan asli destinasi tersebut, ada yang mahukan percutian santai, mewah dan ada juga impikan aktiviti-aktiviti yang belum pernah cuba di tempat lain.

 

Selain dari mencuba makanan popular di Pulau Pinang, apa kata masukkan sekali kafe-kafe ini kala roadtrip ke sana. Ini kerana kafe chill dan cool yang EH! kongsikan ini punya citarasa dan keistimewaan masing-masing yang buatkan anda rasa tak rugi mencuba. Apatah lagi buatkan sesi selfie anda lebih cun nanti!

 

Patio

 

Gambar : Venuescape

 

Kafe yang berkonsepkan vintaj dan sedikit moden ini terletak di kesibukan Penang Street. Yang uniknya, ia direka dengan enam konsep layout yang berbeza termasuklah dengan dekorasi terbuka urban courtyard, ruang istirehat teres atau ruang makan tertutup. Masing-masing mampu cipta mood bersantap yang berlainan. Menu makan di Patio bercitarasakan masakan Sepanyol.

 

Alamat : 49F, Weld Quay, 10300 George Town, Malaysia.

Tel : 012-3110442

Waktu operasi : Isnin hingga Ahad, 5.30petang hingga lewat malam (Dapur tutup pada hari Isnin)

The post 8 Kafe Paling Cool Dan Berbaloi Pergi Kala Di Pulau Pinang appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment