Resipi Rendang Salsa bersama Biji Chia

Biji chia mengandungi sembilan asid amino penting dan ia adalah protein lengkap. Kaya dengan kandungan serat yang tinggi (10g dalam dua sudu besar), biji chia mampu memberikan anda tenaga yang berpanjangan semasa berpuasa, menjadikannya pilihan yang bijak ketika bersahur. Hanya tambah satu sudu besar biji chia ke dalam makanan atau minuman anda untuk menikmati khasiatnya.

Rendang Salsa bersama Biji Chia

tw-8110

Saiz hidangan: 4
Tempoh penyediaan: 1 jam 10 minit

Bahan-bahan:
5 tomato, dipotong menjadi ketulan kecil
1 bawang kecil, dicencang halus
1 ulas bawang putih, dicencang halus
4 sudu besar biji chia
2 sudu besar pes rendang
1 sudu kecil emping cili kering
Gula dan garam, secukup rasa

Cara Membuatnya:
1. Masukkan kesemua bahan, kecuali biji chia ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Renehkan selama satu jam, tanpa ditutup. Kacau sekerap yang mungkin.
3. Alihkan dari haba, kemudian gaulkan bersama biji chia.
4. Hidangkan bersama kerepek tortilla.

Resipi & Foto: Spoon Health dan Rawsome

The post Resipi Rendang Salsa bersama Biji Chia appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment