Gaya Hidup Hijau Bersama TLC

01-tlc-company-logo-1

Logo Truly Loving Company (TLC)


 
“Go Green. Green Living, Sustainable Living”. Ungkapan ini sering didengari tapi masih ramai yang belum benar-benar memahami dan mengamalkannya.
 
The Truly Loving Company (TLC) telah membuktikan bahawa kini anda boleh mengamalkan ‘Go Green’ atau Gaya Hidup Hijau dengan menawarkan informasi melalui aplikasi mudah alih, ‘The Green Trail’. The Green Trail ini dicipta untuk menggalakkan pengguna menyokong Gaya Hidup Hijau dengan menyediakan informasi dalam satu applikasi.
 
Mengamalkan Gaya Hidup Hijau bukan lagi satu perkara yang sukar buat masa kini malah dengan wujudnya applikasi mudah alih ini ianya membantu dari segi mudah diakses dan sekali gus mengajar pengguna untuk terus mengamalkan gaya hidup hijau ini.
 
BIAR SERBA TAHU

Selain itu, The Green Trail juga turut menyenaraikan lokasi di peta Google dan maklumat bagi kategori-kategori berbeza yang mengamalkan Gaya Hidup Hijau seperti Kafe, Kecantikan & Kesihatan, Restoran, Peruncitan, Hotel & Resort, Pusat Kitar Semula. Tambahan itu, jika terdapat activiti yang melibatkan  Gaya Hidup Hijau atau artikel mengenai penjagaan alam sekitar, anda boleh mengetahuinya melalui applikasi mudah alih ini.
 
Sebagai langkah utama untuk mengamalkan Gaya Hidup Hijau adalah dengan menggunakan produk mesra alam. The Truly Loving Company secara aktif menggalakkan pelindungan alam sekitar dengan menyokong Gaya Hidup Hijau melalui produk pembersihan rumah, TLC Green.
 
BERNIAGA SAMBIL BERAMAL

Konsep disebut di atas sudah lama diamalkan di TLC. TLC terkenal sebagai syarikat yang memasarkan pelbagai jenis produk pembersihan rumah mesra alam yang berkualiti seperti cecair pencuci pinggan mangkuk, pencuci tandas dan pencuci lantai termasuk beberapa jenis bahan pencuci lain untuk kegunaan harian.
 
Selain berniaga, TLC juga turut menyediakan dana bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik dan 100 peratus daripada dividen TLC turut disalurkan kepada badan-badan kebajikan yang terpilih.
 
Ketua Eksekutif TLC, Julia Chong menjelaskan, selaras dengan wawasan TLC, sebahagian daripada inisiatif tahunan syarikat adalah memberi inspirasi kepada semua untuk memperkasa masyarakat dan memulihara alam sekitar.
 
Anda juga kini boleh memulakan Gaya Hidup Hijau ini bersama TLC dengan menggunakan produk mesra alam, TLC Green yang dijual dengan harga berpatutan dan boleh didapati di semua pasaraya utama di seluruh Malaysia.
 
INI ADALAH ARTIKEL BERBAYAR OLEH TLC.

The post Gaya Hidup Hijau Bersama TLC appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment