Hadiah Hebat Jelita – Januari 2017

Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Sertai & Menang!

Untuk peluang memenangi hadiah-hadiah hebat ini, ikuti langkah langkah di bawah:

Dapatkan Jelita edisi Januari 2017 dan lengkapkan borang penyertaan yang disediakan

Hantarkan borang penyertaan anda kepada
Majalah Jelita
Marketing & Communications Department
Blu Inc Media
Lot 7, Jalan Bersatu 13/4, Seksyen 13, 46200 PJ

Semua pemenang akan diumumkan di laman web Jelita dan dihubungi melalui e-mel
 

Menangi 18 Baucar Terapi BersamaCara Beauty Salon Bernilai RM288 Setiap Satu!

slide3

Tiada jarum diperlukan dan tiada rasa sakit. Itulah moto terapi ini. Anda inginkan terapi yang mendapat anugerah Nobel Prize dalam pengkhususan kimia? Electroporation adalah asas terbaik yang digunakan Meso Kosmetik ini. Ia juga adalah antara peralatan Mesocosmetics kecantikan yang paling lengkap di pasaran. Bahan aktif dalam terapi ini dapat menggalakkan pembaharuan sel dengan menembusi terus ke dalam kulit menggunakan empat teknik, tanpa memerlukan sebarang suntikan. Terapi ini sesuai bagi setiap jenis kulit kerana serum yang digunakan akan ditetapkan mengikut kondisi kulit anda. Jika anda ingin merasai pembaharuan pada wajah anda, terapi ini adalah solusinya!

 

Menangi 5 Percutian Bersama Lexis Suites Penang Bernilai RM1,200 Setiap Satu!

slide2

Terletak di pesisiran pantai Teluk Kumbar dan berhadapan Selat Melaka, Lexis Suites Pulau Pinang adalah destinasi terbaik untuk bercuti dan juga bekerja. Reka bentuknya yang kontemporari dan dipenuhi dengan kelengkapan mewah, direka khas arkitek yang pernah memenangi anugerah. Luas dan selesa, hotel tepian pantai ini adalah satu-satunya resort di pulau yang menawarkan kemewahan dan kemudahan kolam renang peribadi dan bilik wap di setiap unit. Dari Executive Pool Suite kepada Premium Pool Suite, kedua-duanya menawarkan pemandangan laut yang indah dan dua katil bersaiz king. Selain itu, terdapat pelbagai restoran yang disediakan di Lexis Suites Penang, dari makanan tradisional dan juga barat. Terdapat pelbagai aktiviti rekreasi yang boleh didapati di Lexis Hibiscus. Lex Spa adalah tempat yang sesuai bagi tetamu yang inginkan ketenangan dari kesibukan bandar. Bagi yang membawa kanak-kanak bersama, Kidz World adalah tempat yang ideal di samping Starz Karaoke bagi golongan remaja. Untuk berseronok di bawah matahari, Lexis Suites Penang menawarkan pelbagai aktiviti pantai bersesuaian untuk keluarga serta korporat.

Menangi 25 Set Safi Rania Gold Bernilai RM203 Setiap Satu!

slide4

Safi Rania Gold menyediakan pelbagai rangkaian produk yang bersesuaian untuk semua jenis kulit. Kini Safi Rania Gold mengambil inspirasi menerusi tiga produk terkini yang diperkaya dengan formulasi duo emas iaitu Duo Emas 24K, gabungan Bio Nano Emas 24K dan Flake Emas 24K bersama Protein Sutera. Formulasi ini bukan sahaja memelihara struktur luaran malah meliputi struktur dalaman kulit wajah agar keremajaan dapat dipelihara dengan lebih efektif. Apabila usia meningkat, daya tahan kulit untuk
mengunci lembapan akan berkurangan seterusnya menjadikan kulit kering, kasar dan hilang keanjalan. Kini, Esen Emas Keremajaan Safi Rania Gold yang diperhebat mampu mempertingkatkan daya tahan kulit. Kombinasi formulasi Bio Hialuronik mengekalkan dan mengunci lembapan sehingga 24 jam, menjadikan wajah licin dan lembut serta menyediakan kulit anda untuk menyerap produk seterusnya. Selain itu, Semburan Booster & Penyegar Safi Rania Gold memberi manfaat 2-dalam-1 bertindak sebagai booster yang meningkatkan kelembapan di samping menyegarkan kulit serta mengekalkan solekan agar tahan lama. Kombinasi formulasi Mikro Peptida mengurangkan kesan garis halus serta kedutan untuk mengembalikan keremajaan kulit agar wajah tampil licin sepanjang masa. Serum Konsentrasi Plus Safi Rania Gold sesuai untuk usia yang meningkat pertengahan 20-an apabila kolagen mula berkurangan dan tona wajah tidak sekata, kulit kusam dan kering serta hilang keanjalan. Kombinasi formulasi Amino Peptida II membantu meningkatkan keanjalan kulit wajah dan memperlahankan kemunculan garis-garis halus serta kedutan di wajah untuk mengembalikan wajah yang licin dan halus.

 

Menangi 3 Set Solekan Mata dari Sephora Bernilai RM1,709 Setiap Satu!

slide1

Sephora memperkenalkan Colorful Eyeliner dalam rupa bentuk yang baru dan rekaannya ergonomik bagi memudahkan lagi aplikasi hanya dengan satu langkah mudah. Formulasinya yang berpigmen tinggi membuat solekan mata anda bertahan lebih lama. Manakala, Sephora Colorful Eyeshadow pula dapat bertahan sehingga 10 jam dan formulasinya yang unik memudahkan anda menggunakan pembayang mata ini tanpa perlu risau akan hasilnya. Jika anda inginkan pensel mata yang tahan lama dan kalis air, Sephora Intense Gel Pencil adalah solusinya. Teksturnya yang licin dan berpigmentasi tinggi membuatkan mata anda kelihatan segar dan menawan. Solekan mata tidak akan lengkap tanpa maskara yang sesuai. Maskara Sephora V for Volume ini dapat memberikan bulu mata anda kelihatan lebih tebal dan panjang tanpa sebarang gumpalan, bersesuaian dengan nama yang diberi. Set lengkap dari Sephora ini dapat menghasilkan solekan mata yang anda idamkan!

 

 

The post Hadiah Hebat Jelita – Januari 2017 appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment