Gambar: TPGimage
Bintang terkenal, George Michael telah meninggal dunia pada Hari Krismas di Goring, Oxfordshire. George Michael melancarkan kerjayanya dengan kumpulan Wham! pada tahun 1980-an sebelum memulakan karya solonya.
Menurut Polis Thames Valley, mereka mengesahkan punca kematian George tidak dapat dijelaskan namun tidak ada keadaan yang mencurigakan.
Bekas ahli kumpulan Wham!, Andrew Ridgeley turut meluahkan rasa sedih atas kehilangan George menerusi akaun Twitternya.
Manakala penyanyi terkenal, Sir Elton John turut memuat naik gambarnya bersama George di akaun instagramnya dengan status: “I am in deep shock. I have lost a beloved driend– the kindest, most generous soul and brilliant artist. My heart goes out to his family and all of his fans.”
Keluarga Michael mengumumkan berita kematiannya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui jurnalis penyanyi berkenaan.
Pada pukul 1:42 petang, South Central Ambulance Service telah dipanggil ke rumah Michael dan pihak polis Thames Valley juga turut mengesahkan Michael telah meninggal dunia di rumahnya.
Pengurus George Michael, Michael Lippman memberitahu kematian George Michael berpunca dari kegagalan jantung.
Rumah penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Last Christmas’ itu telah dipenuhi dengan bunga yang ditinggalkan oleh peminat sebagai tanda penghormatan kepada penyanyi legenda itu.
The post George Michael Meninggal Dunia Pada Usia 53 Tahun appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment