Gambar: INGimage
Berdiet bukan perkara yang mudah.Ia memerlukan usaha dan semangat yang kuat untuk mengekalkan rutin diet yang konsisten Menurut kajian, seorang akan cuba untuk menurunkan berat badan empat kali setahun namun hanya seorang daripada 100 orang yang berjaya untuk menghilangkan berat badan.
Jelita kongsikan enam cara untuk berdiet dengan betul.
Mula Secara Berperingkat
Memulakan rutin diet boleh menjadi sukar terutama sekali apabila anda sudah biasa dengan makan makanan yang berat. Memulakan rutin diet secara tiba-tiba boleh memberikan tekanan yang besar pada badan anda. Cuba untuk tidak terlalu memaksa diri anda dan cuba untuk mulakan rutin diet anda secara berperingkat.
Rekod Kemajuan Anda
Ia adalah sangat penting untuk sentiasa memantau dan meyimpan rekod kemajuan anda. Ini akan memberikan anda gambaran sebenar berapa banyak berat badan anda yang telah anda kurangkan. Kadang-kala anda perlu menunggu beberapa bulan untuk melihat perubahan ketara pada badan anda. Jadi, pastikan anda sentiasa menyimpan rekod berat badan anda supaya ia boleh dijadikan motivasi untuk anda.
Sentiasa Aktif
Rutin diet tidak semestinya akan membantu anda untuk menurunkan berat badan. Senaman fizikal juga penting. Jadi, pastikan anda sentiasa melakukan senaman fizikal walaupun hanya sekadar berjalan kerana jika dilakukan setiap hari ia akan membantu dalam mengurangkan berat badan anda.
Dapatkan Sokongan Daripada Keluarga Dan Rakan-Rakan
Sokongan moral daripada orang-orang sekeliling anda adalah sangat penting untuk membantu anda ketika sedang berdiet. Mereka tahu apabila anda kalah dengan godaan, anda akan merasa bersalah. Jadi, mereka boleh mengingatkan anda supaya berhati-hati dengan makanan yang mempunyai kalori yang tinggi apabila mereka bersama anda. Itu adalah cara mereka menyokong anda dalam pertempuran anda.
Tentukan Jenis Metabolisme
Jangan risau sekiranya anda masih tidak dapat melihatkan hasil yang ketara dalam masa yang terdekat. Itu adalah perkara yang biasa. Jangan terlalu cepat berputus asa. Anda perlu tahu lebih lanjut mengenai metabolisme badan anda. Sekiranya anda mempunyai metabolisme yang perlahan, hasil anda mungkin akan mengambil masa yang lama.
Semua Rutin Diet Memerlukan Pengawasan
Sebelum anda memutuskan untuk memulakan rutin diet, hubungi pakar pemakanan untuk nasihat. Pastikan juga anda tidak terjebak dengan pil-pil yang menjanjikan penurunan berat badan dalam masa yang singkat kerana ia boleh membahayakan kesihatan anda. Pelan diet yang rendah kalori akan menyebabkan kekurangan nutrien penting untuk badan anda dan sekaligus akan memberikan kesan negatif atas kesihatan mental dan fizikal. Pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang dan sesuai dengan badan anda.
The post 6 Cara Diet Dengan Betul appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment