Era 90-an saya fikir era yang paling menyeronokkan. Of course kerana saya membesar di era itu (call me biased).
Gambar : Sumber Google
Selain muzik dan stail, saya rasa kecantikan wanita 90-an lebih menyerlah kerana pada waktu itu solekannya lebih ‘bersih’, yakni matte, tiada highlighter berlebih-lebih seperti hari ini.
Ini senarai wanita 90-an yang saya pilih, yang saya fikir punya kecantikan tersendiri.
KATE MOSS
Senarai ini saya buka dengan Kate Moss. Bagi saya dia model paling ikonik di era 90-an. Wanita kelahiran England ini mula ditawarkan kerja sebagai model pada usia 14 tahun selepas dia dilihat Sarah Doukas, pengasas Storm Model Management, di JFK Airport, New York. Forbes menamakan Kate sebagai model berpendapatan kedua tertinggi selepas Gisele Bundchen.
WINONA RYDER
Winona Ryder adalah simbol gadis grunge 90-an. Dia sering tampil dengan gaya rambut pendek (pixie cut) dan bibirnya sering ditemani gincu merah lebam lantas menjadikan dia gadis paling cool ketika itu. Namanya juga hangat pabila dia menjalin hubungan dengan Johnny Depp dan mereka sempat mengikat tali pertunangan selama tiga tahun.
GWEN STEFANI
Gwen saya fikir sangat konsisten dengan imejnya. Sejak awal kemunculannya dia memang sudah dilihat setia dengan gincu merah menyala. Kemunculan awalnya bersama No Doubt membuatkan stailnya jadi ikutan, dia nampak sangat cool. Dialah gadis ska-punk paling popular.
NAOMI CAMPBELL
Dia adalah model kulit hitam paling berjaya dalam sejarah dunia peragaan. Sehingga ke hari ini Naomi masih lagi menjadi pilihan rumah-rumah fesyen terkenal untuk membuat kemunculan istimewa. Kata Naomi, “I don’t think I was born beautiful. I just think I was born me.”
LINDA EVANGELISTA
Dalam ramai-ramai model tahun 90-an, Linda adalah yang paling saya gemar. Wajahnya strong, lebih-lebih lagi matanya, bagai berbicara dalam setiap gambar. “I don’t get out of bed for less than $10,000 a day” antara quote model kelahiran Kanada ini yang paling diingati.
JENNIFER ANISTON
Gaya rambutnya antara yang menjadi ikutan. Gaya potongan rambut berlapis-lapis Jennifer menjadi perhatian sejak dia muncul menerusi sitkom FRIENDS yang bertahan selama 10 musim. Hubungan cinta Jennifer dengan Brad Pitt pada penghujung 90-an juga menjadikan mereka pasangan selebriti paling diminati ketika itu.
CINDY CRAWFORD
Senarai ini tidak lengkap jika tidak dimasukkan nama Cindy Crawford. Wajahnya sangat komersial, tahi lalat pemanis wajah bersama gaya rambut volum jadi ciri-ciri ikonik pada dirinya. Tubuhnya atletik mungkin menjadi salah satu kelebihan juga keunikannya dalam dunia peragaan. Hari ini anak perempuannya, Kaia sudah mula cuba-cuba mengikut jejaknya.
PUTERI DIANA
Pada era 90-an, Puteri Diana pastinya menjadi kerabat di-raja paling popular, paling glamor dan paling disayangi. Persalinannya sering jadi perhatian. Matanya biru dan rambut blonde nya sering dipotong pendek. Orangnya tampak cukup graceful.
CHRISTY TURLINGTON
Saya kurang meminatinya pada era 90-an, namun hari ini saya cukup suka melihat Christy. Dia kekal cantik biar sudah meningkat usia. Dia age gracefully, dilihat betul-betul mukanya dia nampak natural, tiada botoks atau pembedahan kecantikan. Dia aktif melakukan yoga sejak tahun 1987 hingga ke hari ini. Mungkin itu salah satu rahsia kecantikan dan kesihatannya.
JANET JACKSON
Rambut keriting dan gincu coklat gelap antara stail solekan yang cukup sinonim dengan penampilan adik kepada Michael Jackson ini. Sebelum munculnya Beyonce, orang terlebih dahulu gilakan Janet yang punya gerak tari yang saya rasa lebih groovy dan seksi.
The post Top 10 Ikon Cantik 90-an appeared first on EH!.

0 comments :
Post a Comment