Selaran matahari atau sunburn boleh berlaku sekiranya kulit anda terdedah kepada cahaya matahari di dalam jangka masa yang panjang. Ia boleh terjadi kepada anda yang sering melakukan aktiviti luar ataupun apabila anda baru pulang daripada bercuti di tepi pantai.
Untuk mengelakkan daripada terkena sunburn, anda dinasihatkan untuk menghindari sinaran matahari di antara jam 10 pagi dan 3 petang kerana waktu ini terjadinya radiasi ultra yang sangat kuat. Untuk itu, anda harus mengaplikasikan krim tabir suria jika masih ingin melakukan aktiviti luar.
Tanda -Tanda Terkena Sunburn
- Kulit kemerahan dan gatal.
- Kulit menjadi panas dan kering.
- Kulit menggelupas.
- Kulit anda terasa sakit jika disentuh , dan radang yang teruk. ( Ini adalah kesan sunburn yang teruk. Anda dinasihatkan segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjut)
Selain daripada menggunakan krim tabir suria, terdapat beberapa petua alami yang anda boleh amalkan untuk mengatasi kesan sunburn pada kulit anda iaitu:
- Gunakan yogurt yang kosong dan sapukan pada tempat yang terkena sunburn. Ia bertindak untuk menyejuk dan melembapkan kulit.
- Gunakan teh hijau atau hitam. Teh hijau dan teh hitam mengandungi tannis dan komponen lain yang dapat mengurangkan bengkak pada kulit.
- Potong timun dan kentang secara nipis. Letakkan pada kulit yang terkena sunburn untuk mengurangkan rasa sakit, pedih dan gatal.
- Gunakan serbuk penaik dan campurkan dengan cuka. Sapukan pada kulit yang terkena sunburn dan biarkan semalaman.
- Kisar satu mangkuk oatmeal dan tuangkan di dalam baldi bersama air. Gunakannya ketika anda mandi.
The post Rawat Selaran Matahari appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment