Merai Personaliti Berinspirasi: Jelita X Lancome

Sempena edisi pembaca pada Ogos lalu, Jelita dengan kerjasama jenama kecantikan antarabangsa, Lancome telah meraikan sekumpulan pembaca terpilih dalam sesi minum petang eksklusif pada September lalu.

Jelita X Lancome edisi pembaca

Bertempat di hotel Ritz-Carlton Kuala Lumpur, kira-kira 30 tetamu eksklusif dijemput menghadiri sesi ini malah diberi peluang untuk mengenali secara mendalam akan produk terbaru keluaran Lancome. Mereka ini diraikan bersempena edisi pembaca keluaran Ogos yang menyaksikan tiga pembaca bertuah diundi menerusi laman web jelita.com.my untuk menghiasi sampul depan majalah kesayangan ramai ini.

Khadijah Ishak, 35, Norsafrina Shamsir Md Nasir, 37, dan Srisopha Koammapat, 28, tampil anggun pada majlis ini di mana ketiga-tiganya telah menerima hadiah istimewa daripada Lancome Malaysia sebagai penghormatan akan sumbangan dan kehebatan masing-masing.

Selain itu, tujuh finalis lain yang turut disenarai pendek untuk sesi undian dalam talian berkenaan dijemput hadir untuk memeriahkan acara. Bukan saja dapat menikmati hidangan minum petang yang mewah dan lazat, mereka turut diberikan sesi penjagaan wajah serta tata rias istimewa daripada Lancome National Makeup Artist iaitu Zamri Zainol serta jurusolek Lancome, Karen Leong.

The post Merai Personaliti Berinspirasi: Jelita X Lancome appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment