Mobil Seri Jelita julung kali menemui pembaca setia Jelita sempena edisi kecantikan pada Oktober lalu. Ia telah mengunjungi lima lokasi strategik selama tiga hari di sekitar Lembah Klang untuk bertemu pembaca dengan pelbagai aktiviti menarik serta hadiah istimewa.
HARI PERTAMA MOBIL SERI JELITA: 30 September 2016 LOKASI: Kompleks PKNS, Shah Alam
Seawal jam 11 pagi Mobil Seri Jelita telah dikunjungi pembaca yang mengetahui akan kemunculan team Jelita di sini. Selain dapat menjadi antara orang pertama menebus hadiah istimewa bagi setiap pembelian majalah edisi Oktober juga berpeluang untuk memutar roda bertuah untuk mendapat hadiah tambahan. Tepat jam 11.30 pagi, pasukan jururias Nails on Wheels sudah bersedia memberikan rawatan kuku kepada 10 pembaca yang mendaftarkan diri untuk sesi ini. Selain itu, pembaca mendapat taklimat ringkas mengenai produk keluaran Nails on Wheels sewaktu sesi ini. Tengahari menjelang, team Anugerah mengadakan sesi eksklusif tutorial selendang Prinsipessa selain tutorial kit glos bibir Anugerah bersama pembaca terpilih.
HARI KEDUA: 1 Oktober 2016 LOKASI PERTAMA: KL Sogo
Mobil Seri Jelita meneruskan kembaranya ke KL Sogo bagi menemui pembaca setia di sekitar ibu negara. Tepat jam 10 pagi, team Jelita menerima banyak pernyetaan untuk sesi Rutin Penjagaan Wajah Yang Terbaik dianjurkan Blisskinz di dalam truk berkenaan.
Bagi yang berlegar di situ, mereka turut merakam gambar seakan menjadi wajah depan majalah Jelita di mana gambar berkenaan terus dikongsi di laman Facebook masing-masing.
Usai sesi perkongsian tip berguna Blisskinz, pembaca yang hadir turut menyertai sesi tutorial kit glos bibir dan selendang anjuran Anugerah. Sebelum Mobil Seri Jelita bergerak ke lokasi seterusnya, sesi kecantikan istimewa bersama Modvier telah diadakan bersama pengasasnya. Untung sungguh mereka yang dapat menemui Sarah Shah Nor!
LOKASI 2: IPC, Mutiara Damansara
Mobil Seri Jelita bergerak ke lokasi terakhir Sabtu itu bagi meneruskan sesi bersama Laura Mercier yang berkongsi tip solekan ringkas sambil menawarkan produk hebat. Selepas itu, pasukan jurugaya Anugerah berkongsi tutorial produk kecantikan dan cara menata selendang istimewa sambil melayan soalan daripada para pembaca.
Selain itu, pengunjung turut berpeluang memenangi hadiah tambahan dengan memutar roda bertuah selain menyertai kuiz istimewa. Pada masa sama, pembaca turut berlumba-lumba memuat turun edisi digital majalah kesayangan mereka ini.
HARI TERAKHIR: 2 Oktober LOKASI: Tesco, Shah Alam (Bulatan Kayangan)
Seawal jam 9.30 pagi, team Jelita telah sedia menanti kunjungan pembaca di sini. Ramai yang ke Tesco untuk membeli-belah barangan dapur meluangkan masa untuk menyertai aktiviti serba menarik, termasuk anak kecil yang turut gembira menerima belon khas Jelita.
Sambil menghabiskan hujung minggu bersama keluarga, pembaca yang berdaftar dengan Jelita sempat mencuba aktiviti rias kuku bersama Nails on Wheels selama kira-kira sejam. Sambutan cukup meriah apabila team Anugerah tiba untuk sesi tutorial kit glos dan selendang Prinsipessa yang menawan.
LOKASI 2: AEON Mall, Shah Alam
Mengakhiri kembara Mobil Seri Jelita tahun ini, lokasi terakhir ini cukup meriah dengan kunjungan pembaca Jelita yang memberi sokongan. Jualan majalah turut mendapat sambutan hinggakan ada yang datang membawa naskhah yang sudah dibeli lebih awal, tanda sayangnya mereka pada Jelita yang berusia 40 tahun ini.
Memberikan sedikit kelainan, Shokubutsu telah mengadakan sesi taklimat mengenai Cara Mandian Dapat Menyelamatkan Nyawa Anda dan ramai yang belajar cara mengesan ketulan pada payudara sewaktu bersiram. Aktiviti berakhir dengan sesi tutorial tudung dan produk Beauty Bounce oleh Anugerah.
KETAHUI INFO LANJUT MENGENAI ACARA INI DALAM MAJALAH JELITA EDISI DISEMBER 2016!
The post Jelajah Mobil Seri Jelita 2016 Buat Pembaca Gembira appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment