Terkini berita mengenai Kendall Jenner nekad untuk berehat dari melihat Instagram rasminya. Trend artis menutup akaun di media sosial sudah lama dipraktikkan. Ada yang menutup terus atau sekadar sementara.
Lihat list hangat pilihan EH! :
1. KENDALL JENNER (INSTAGRAM)
Gambar : TPGimages
“I just wanted to detox! Sentiasa inginkan masa untuk berehat dan sudah tiba masanya! Jika bangkit dari tidur di siang hari saya akan melihatnya termasuklah sewaktu ingin tidur, terlalu bergantung padanya, jangan risau saya akan kembali semula.”
2. JUSTIN BIEBER (INSTAGRAM)
Gambar : TPGimages
Selepas kisah perang di sosial media antara dia dan Selena Gomez di laman Instagram miliknya. Bieber nekad dan ugut peminat fanatiknya dengan membuat privasi di akaun Instagram jika mereka tidak henti-henti mengutuk bekas kekasihnya Sofia Richie dan seterusnya menutup akaun peribadinya itu. Dengar kata dia tidak akan aktif kembali akaun Instagram.
3. EMMA STONE (TWITTER)
Gambar : TPGimages
Menjadi mangsa digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab hanya dengan sebaris ayat, “nawder nad islasehne tsintgi ni a erte” ketika dia menjalani pengambaran The Amazing Spiderman bersama kekasih hatinya Andrew Garfield. Dan ianya menganggu kerjayanya buat seketika sebelum dia mengambil langkih untuk menutup terus akaun di Twitter dan tidak kembali lagi hingga hari ini.
4. RIHANNA (INSTAGRAM)
Gambar : TPGimages
Akaun Instagram milik penyanyi terkenal ini pernah disabled seketika setelah dia memuatnaik gambar bogel untuk majalah Lui dan selepas enam bulan dia kembali dengan gambar selfie dengan caption “Hellurr #badgalback”
5. DEMI LOVATO (TWITTER & INSTAGRAM)
Gambar : TPGimages
Tidak puas hati apabila dia dikecam teruk! Tiba- tiba dia bertindak untuk diaktifkan dua akaun media sosial tanpa sebarang alasan namun dia kembali cepat kurang dari masa 24 jam dan dengan pantas dia menulis sebaris ayat, “I love my Lovatics too much to leave them over lame ass hater.. What was I thinking?”
6. ED SHEERAN (INSTAGRAM)
Gambar : TPGimages
Sewaktu dia ingin berehat dari publikasi di media sosial, dia dengan seikhlas hati menyatakan alasan dan ingin bebas melihat dunia. Kini, dia kembali aktif di laman Instagram.
7. IGGY AZALEA (INSTAGRAM & TWITTER)
Gambar : TPGimages
Dia pernah meluahkan isi hatinya yang menganggap dunia media sosial ini sangat buruk sebelum dia nekad untuk tutup sementara akaun Twitter dan kini dia secara personal kendalikan akaun media sosial dan kerap memuatnaikkan gambar selfie dan tweet peribadi!
8. KANYE WEST (TWITTER)
Gambar : TPGimages
Pada tahun 2012, dia buat berita gempar dengan membuang semua tweet tanpa sebarang alasan! Sejak dia kembali aktif semula, dia banyak bercerita mengenai fesyen dan pelbagai kontroversi ingin dicetusnya.
9. MILEY CYRUS (TWITTER)
Gambar : TPGimages
“Liam doesn’t have a twitter and he wants me to delete mine with good reason.” Tweet terakhir Miley pada 2009. Namun, dia kembali semula pada 2011 setelah putus dengan Liam Hemsworth, “I came back to twitter for 2 reasons. My fans and to follow Charlie Sheen #winning.” Dia terus aktif dan liar di media sosial tanpa sebarang tapisan.
10. LENA DUNHAM (TWITTER)
Gambar : TPGimages
Tegasnya setelah menutup akaun Twitter. Dia pernah menulis tweet namun menerusi akaun orang lain. Dia berbuat demikian setelah menerima komen negatif mengenai bentuk badannya dan menganggap ianya adalah ‘Verbal Abuse’ selepas dia memuatnaik gambar dia menyarung sport bra dan seluar boxer milik kekasihnya.
The post Kerana Tekanan! 10 Individu Terkenal Tutup Akaun Media Sosial appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment