Acer Malaysia Mendefinisikan Kembali Gaya Dengan Swift 7, Swift 3, Spin 5 dan Predator Z1

Pada 16 November, Acer telah memperkenalkan barisan produk terbaharunya untuk pasaran Malaysia. Ia merangkumi lima produk iaitu Swift 7 yang merupakan komputer riba pertama di dunia yang mempunyai ketebalan kurang daripada satu cm, Swift 3 yang nipis dan ringan dengan warna baru; komputer riba boleh diubah Spin 5 yang sangat fleksibel dan monitor untuk permainan video Predator Z1 dengan teknologi pengesanan pergerakan mata.
 
swift-7_02
 
Acer Swift 7 mendefinisikan semula trend gayaan komputer dengan ketebalan hanya 9.98mm dan berat 1.1 kg. Ia dikuasakan oleh pemproses Intel Core i5 Gen 7 dan hadir bersama jangka hayat bateri selama 9 jam. Reka bentuknya yang inovatif dan baru ini diiktiraf oleh Anugerah Rekaan Bagus Jepun kerana memiliki keseimbangan rekaan terbaik di antara bentuk yang teramat nipis dan kefungsian dengan aspek kebolehoperasian sebuah komputer riba. Reka bentuk unibody sepenuhnya dengan tona hitam-emas memberikan Swift 7 penampilan luaran yang elegan. Sementara itu Corning Gorilla yang tahan lasak itu menawarkan perlindungan kalis calar ke atas paparan HD penuh IPS bersaiz 13.3 inci.
 
swift-3_gold_02
 
Acer Swift 3 yang nipis dan ringan tampil dengan warna emas baru (Luxury Gold) yang elegan. Dikuasakan oleh pemproses Intel Core i5 Gen ke enam, Swift 3 hadir dengan ciri Acer Fingerprint Reader yang digabungkan bersama Windows Hello untuk cara yang efisien, mudah dan selamat buat pengguna ketika mengakses akaun Windows.
 
spin-5_01
 
Acer Spin 5 menampilkan engsel tork berkembar 360 darjah yang telah dipatenkan agar mudah ditukar kepada empat mode berguna dan menawarkan jangka hayat bateri selama 10 jam. Ia menawarkan pengalaman sentuhan yang mantap dan mudah ditukar kepada emapt mod; sebagai sebuah komputer riba atau tablet, mod paparan yang menjimatkan ruang dan mod tent untuk berkongsi maklumat dan menonton filem.
 
z271t_02
 
Predator Z1 merupakan monitor lengkung pertama bersaiz 27 inci dengan NVIDIA G-SYNC yang hadir bersama terknologi pengesanan pergerakan mata Tobii. Teknologi pengesanan mata Tobiii membolehkan cara interaksi baru seperti menetapkan sasaran, mengenal pasti sasaran dan bersembunyi dibuat dengan hanya melihat kepada objek pada skrin. Pemain boleh menggunakan mata dan intuisi sebagai senjata terhebat mereka

The post Acer Malaysia Mendefinisikan Kembali Gaya Dengan Swift 7, Swift 3, Spin 5 dan Predator Z1 appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment