Gambar: space.com
Pada tahun ini, bulan mengambang pada bulan Oktober, November dan Disember semua berlaku apabila bulan berada di posisi yang paling dekat dalam orbitnya mengelilingi Bumi. Fenomena ini dipanggil sebagai Supermoon.
Supermoon bulan Oktober akan berlaku pada minggu hadapan dan supermoon seterusnya akan berlaku pada bulan November dan fenomena supermoon akan lengkap pada bulan Disember 2016.
Menurut Bob Berman, fenomena supermoon yang berlaku pada tahun ini bukan sahaja yang paling dekat dengan bumi bahkan ia antara supermoon terbesar dan terang sejak tahun 1948.
Jangan lupa saksikan fenomena supermoon pada 16 Oktober ini dan saksikan keajaiban kuasa Tuhan.
The post Fenomena Supermoon appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment