Fattah Amin dan Neelofa Sertai #3BitesChallenge

Meskipun drama kegilaan ramai, Suri Hati Mr.Pilot sudah berakhir, tetapi pelakon gandingannya Fattah Amin dan Neelofa masih lagi menjadi bualan ramai.

 

capture-20161111-164944

 

Pasangan popular ini dirakam melakukan cabaran 3 Bites Challenge yang dianjurkan oleh McDonalds. Cabaran ini dianjurkan sempena burger McChicken terkini mereka yang dinaik taraf dari segi saiznya yang lebih besar dari sebelum ini.

 

Sesiapa yang berjaya merakam diri mereka memakan burger besar McChicken ini dengan hanya tiga gigitan sahaja, McDonalds menjanjikan satu lagi McChicken buat pemenangnya.

 

Menerusi video Facebook Live yang dirakam oleh McDonalds Malaysia, Fattah dan Neelofa dilihat cukup mesra bersama dalam bersaing untuk bergelar juara 3BitesChallenge.

 

Rata-rata penonton serta peminat mereka yang menonton video rakaman selama 35 minit itu menghantar komen seakan meminta pasangan ini supaya tetap bersama kerana melihat pada keserasian mereka sejak dari drama popular itu lagi.

 

Tonton video cabaran 3BitesChallenge Fattah dan Neelofa di bawah.

 

 

 

 

 

The post Fattah Amin dan Neelofa Sertai #3BitesChallenge appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment