Sesekali lakukan kelainan sedikit untuk sesi intim bersama tersayang pasti menyeronokkan.

Gambar : Shutterstock
Percayalah yang mana lelaki suka bereksperimentasi dengan lokasi hubungan intim dan mungkin ia akan buatkan sesi mesra kalian lebih mengujakan dari katil di kamar.
Bila hubungan intim asyik dengan lokasi dan posisi yang sama setiap masa, pastinya membosankan sekaligus menjadikan ia satu sesi seksi yang hambar.
Padahal ia sepatutnya waktu mesra kalian yang menghiburkan dan menyeronokkan tetapi ia menjadi bosan dek kerana tidak berani mencuba sesuatu yang lain dari kebiasaan.
Mungkin kalian sebagai suami isteri boleh cuba lakukan sesi intim di lokasi ini untuk tambah keterujaan. Tetapi cuma kena pastikan ia selamat terlebih dahulu ya.
1. Dapur
Pastikan yang setiap tingkap dan pintu telah ditutup rapi dan terlindung dari penglihatan jiran-jiran ya! Kalau mahukan kelainan, lokasi di dapur sebagai contoh kaunter dapur boleh buatkan sesi intim kalian dengan mood lebih seksi sebenarnya.
2. Tab Mandi
Untuk lebih romantik, tambah props seperti lilin wangian lavender dan taburan kelopak bunga ros dalam tab mandi. Ia buatkan sesi hubungan intim kalian lebih seksi dan pada masa yang sama naikkan mood berahi itu dengan lebih mudah.
3. Kamar Mandi
Lelaki sukakan kejutan yang buatkan mereka rasa imaginasi nakal hubungan intim mereka menjadi kenyataan. Cuba selinap masuk ke kamar mandi ketika si suami sedang mandi atau menggosok badan, pastinya buatkan mood seksi kalian meningkat serta merta.
4. Meja solek
Tak perlu ambil masa terlalu lama untuk mengalih setiap item solekan di meja solek anda, tetapi berikan sedikit drama dengan menolak ke tepi ke semua item tersebut secara kasar untuk buatkan si dia terkejut dan terkedu dengan tindakan anda. Tetapi percayalah yang ia secara tidak langsung buatkan mood ghairah itu mula membuak.
5. Kerusi atau sofa
Lelaki sukakan wanita yang berani mendominasi sesi hubungan intim untuk sekali sekala. Jadi, tidak salah untuk anda yang bekerja keras manakala si dia berada pada posisi duduk.
Sumber : Cosmopolitan.my
The post Seks Hambar? Lokasi Ini Mungkin Boleh Hangatkan Sesi Hubungan Intim appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment