Peti sejuk tempat paling selamat untuk menyimpan bahan makanan anda. Namun, jika disimpan dengan cara yang tidak betul, makanan akan cepat mereput, rosak dan berbau. Ikuti tip berikut bagi mengelakkan perkara ini terjadi dan bagi memastikan makanan yang disimpan tahan lama serta kekal elok untuk dimakan.
Produk tenusu
- Biarkan keju, dadih, krim masam dan susu kekal di dalam bekasnya sewaktu disimpan. Tetapi selepas memasukkannya ke dalam bekas lain, jangan sesekali memasukkannya semula ke dalam bekas asal. Apa yang boleh anda lakukan ialah, tutup bekas itu dengan plastik pembalut kemas-kemas.
- Simpan keju di dalam pembalutnya sehingga digunakan. Selepas diguna, balut semula dengan kertas pembalut, plastik longgar atau aluminium foil.
Makanan berlebihan
- Simpan makanan berlebihan di dalam bekas kedap udara, bekas atau pembalut lutsinar.
- Masukkan makanan ke dalam bekas kecil dan leper bagi membolehkannya cepat membeku. Ini bagi mengelakkan bakteri merbahaya membiak dengan cepat sekiranya terdedah kepada suhu bilik terlalu lama.
- Pastikan anda menyejuk beku lebihan makanan itu dalam tempoh dua jam selepas siap dimasak.
- Jangan sesekali menyimpan makanan di dalam tinnya semula selepas digunakan. Apabila tin dibuka, sisa pada permukannya mampu terkena pada makanan dan mempengaruhi rasa yang kurang enak.
- Jangan mengisi terlalu banyak makanan hingga penuh di dalam peti sejuk. Pengaliran udara yang baik amat diperlukan bagi menyimpan makanan dengan selamat.
The post Tip Menyimpan Makanan Di Dalam Peti Sejuk appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment