Keajaiban Tasik Merah Jambu

Tasik merah jambu terjadi kerana kewujudan algae yang menghasilkan karotenoid seperti Dunaliella salina. Terdapat sembilan tasik merah jambu di seluruh dunia. Bagi anda yang gemarkan warna merah jambu ini pasti akan tertarik untuk melancong ke tasik ini satu hari nanti.
 

tasik-retba

Gambar: wixstatic.com


 
Tasik Retba, Senegal

Kandungan garam dalam Tasik Retba hampir setinggi kandungan garam di Laut Mati. Bacaan menjangkau sehingga 40 peratus di sesetengah kawasan dan ini membolehkan anda terapung sekiranya anda berenang di tasik ini. Kandungan garam yang tinggi dalam tasik ini boleh merosakkan kulit. Ramai penduduk tempatan yang sering ke tasik ini akan melindungi kulit mereka dengan lapisan mentega shea. Kepekatan merah jambu tasik ini bergantung kepada musim.
 

salt-pond

Gambar: Sumber Google


 
Salt Ponds, San Francisco Bay

Warna merah jambu di kolam garam ini terjadi kerana kandungan garam yang tinggi serta mikroorganisma yang hadir dalam kolam tersebut.
 

hillier-lake

Gambar: blogspot.com


 
Tasik Hillier, Barat Australia

Air di tasik ini kekal berwarna merah jambu untuk selama-lamanya. Tasik ini dianggap bertukar menjadi merah jambu kerana kehadiran alga Dunaliella salina. Tasik ini terletak di dalam Recherche Archipelago, di pinggir Middle Island.
 

lake_eyre

Gambar: Sumber Google


 
Tasik Eyre South, Selatan Australia

Tasik ini terletak kira-kira 15 meter di bawah paras laut. Warna merah jambu tasik ini terjadi disebabkan oleh kehadiran alga.
 

laguna-colorada-original-7848

Gambar: thousandwonders.net


 
Laguna Colorada, Bolivia

Tasik ini dihuni oleh burung flamingo. Tasik garam cetek ini terletak berhampiran dengan sempadan dengan Chile. Warna merah jambu tasik ini terjadi kerana mendapan merah dan juga pigmentasi alga.
 

hutt-pink

Gambar: amazonaws.com


 
Hutt Pink Lagoon, Barat Australia.

Warna merah jambu lagun ini berubah mengikut pada hari dan musim. Warnanya boleh berubah dari merah jambu ke ungu.
 

pink-lake

Gambar: condecdn.net


 
Pink Lake, Meningie- Australia

Tasik ini terletak di antara Tailem Bend dan Meningie. Tasik ini berwarna merah jambu kerana kehadiran alga hidup yang subur di rantau ini. Pengunjung dinasihatkan agar tidak berenang di dalamnya tetapi pengunjung boleh berjalan di tepi tasik itu. Kepekatan warna bergantung kepada iklim dan rona warna merah jambu terang dapat dilihat ketika cuaca cerah.
 

gruissan-france

Gambar: coolhunting.com


 
Le Salin de Gruissan, Perancis

Garam yang dihasilkan dari ladang-ladang dan paya di kawasan ini menghasilkan bukit garam ditepi tasik ini.
 

turki

Gambar: independent.co.uk


 
Tasik Tuz Gola, Turki

Warna tasik ini berubah mengikut musim. Ia akan berubah menjadi merah apabila berada di kemuncak musim panas apabila penyejatan membunuh plankton yang memakan alga yang wujud dalam tasik itu. Apabila cuaca menjadi sangat panas, tasik akan disejat sepenuhnya meninggalkan lapisan garam kering sebelum ia dipenuhi semula pada musim sejuk.

 

The post Keajaiban Tasik Merah Jambu appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment