Gambar: INGimage
Aksesori biasa juga boleh kelihatan sangat cantik walaupun ia tidak diperbuat dari batu permata, intan atau berlian yang mahal. Namun untuk menjaga aksesori ini untuk sentiasa berada dalam keadaan yang cantik bukanlah satu tugasan yang mudah. Aksesori biasa ini mudah rosak sekiranya terkena air, tededah kepada udara dan juga krim dan losyen. Jadi, kunci utama ialah ana perlu tahu bagaimana untuk menjaga barang-barang anda supaya ia kekal cantik dalam masa yang lama.
1. Kumpulkan aksesori yang ingin dibersihkan.
Peraturan penting dalam membersihkan aksesori ialah lagi kerap anda memakainya, lagi kerap anda perlu membersihkannya. Bersihkan aksesori anda sekali dalam masa beberapa bulan atau apabila ia mula kelihatan pudar.
2. Periksa Aksesori anda
Pastikan sebelum anda mulakan tugas membersihkan aksesori anda, periksa dahulu aksesori anda. Sekiranya aksesori anda terdapat batu permata palsu, anda perlu berhati-hati ketika membersihkan kawasan itu. Ini kerana cecair atau air akan mengalir ke bawah batu permata itu dan menanggalkan gam yang terdapat di bawah batu permata palsu itu.
3. Cuba gunakan Q-tip atau berus gigi untuk membersihkan aksesori anda.
Item yang biasa dijumpai di rumah. Q-tip dan berus gigi merupakan item yang sangat berkesan sekiranya ada ingin membersihkan celah-celah yang sukar dicapai atau untuk membersihkan di sekitar batu permata palsu.
Anda juga boleh menggunakan bahan-bahan ini untuk membersihkan aksesori anda.
1. Lemon
Lemon digunakan untuk membersihkan lapisan oksida yang terbentuk di logam perhiasan anda seiring dengan peredaran masa. Tambahkan sedikit baking soda dalam larutan lemon anda. Perahkan sedikit jus lemon dan sapukan pada aksesori anda dan kemudian gunakan kain kasar untuk gosok aksesori.
2. Cuka putih dan Air
Rendamkan aksesori anda ke dalam larutan cuka putih dan air dan kemudian gunakan berus gigi lembut untuk membersihkan celah-celah aksesori anda.
3. Sabun tangan dan air suam
Bahan-bahan ini bukan sahaja mencantikkan lagi aksesori anda tetapi juga ia akan membuat aksesori anda berbau harum. Pastikan anda tidak mendedahkan aksesori anda dengan terlalu lama pada air kerana aksesori anda akan mudah berkarat sekiranya ia terdedah terlalu lama pada air.
4. Syampu bayi
Kandungan kimia dalam syampu bayi adalah lebih ringan berbanding dengan bahan kimia yang tedapat dalam syampu dewasa. Oleh itu, ia adalah agen pembersih terbaik untuk aksesori anda. Syampu bayi juga boleh digunakan untuk membersihkan perhiasan mutiara. Campurkan syampu dengan air sehingga ia mencapai konsistensi seperti sup dan gunakan berus gigi yang lembut atau Q-tip untuk membersihkan tempat-tempat yang sukar dicapai. Jika campuran terlalu tebal, tambahkan beberapa titik air.
5. Ubat gigi
Ubat gigi antara agen pembersih yang efektif untuk membersihkan aksesori anda. Sapukan ubat gigi pada aksesori anda dan kemudiakan gosokkan dengan kain. Kaedah ini boleh digunakan pada semua jenis aksesori terutama sekali gelang tangan.
The post Tip Membersihkan Aksesori appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment