Mia Ahmad Tidak Mahu Dikaitkan Lagi Dengan Saharul Ridzwan

mia-ahmad-2

Gambar: Instagram Mia Ahmad


 
Pelakon, Mia Ahmad yang membuat pengakuan bakal berkahwin dengan penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi berharap dia tidak lagi dikaitkan dengan Saharul Ridzwan.
 
Mia tidak mahu kisah lama yang mengaitkan dia dan Saharul akan terus menjadi bualan kerana Saharul Ridzwan sudah pun berumah tangga.
 
Menerusi satu temu bual bersama akhbar online tempatan, Mia mengakui berasa lega apabila mengakui perhubungannya dengan Izham kerana sebelum ini orang terus mengaitkan dia dengan Saharul.
 
Menurut Mia lagi, dia berharap semua pihak tidak lagi mengaitkannya dengan Saharul kerana dia sudah pun menjalinkan hubungan Izham dan Saharul pun sudah berkahwin.
 
Mengulas lebih lanjut tentang perbezaan usia tiga tahun dengan Mohd Izham, ia bukan satu masalah bagi Mia untuk menerima lelaki berkenaan sebagai teman lelakinya.
 
Bagi Mia, sikap matang pemuda itu yang memikat hatinya selain menyifatkan Mohd Izham sebagai seorang yang memahami dan Mia akui dia senang dengan sikap matang Mohd Izham walaupun jejaka itu lebih muda daripadanya.
 
Mia juga tidak merancang untuk meninggalkan bidang seni selepas berkahwin kelak kerana lakonan adalah kariernya. Malah teman lelakinya juga tidak menghalang dan saling memahami tuntutan karier masing-masing.
 
Mia kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Jejak Karmila yang turut dibintangi oleh Ruhainies dan Fauziah Ahmad Daud.

 

The post Mia Ahmad Tidak Mahu Dikaitkan Lagi Dengan Saharul Ridzwan appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment