Wanita dan solekan tidak dapat dipisahkan. Namun, antara masalah yang sering melanda wanita adalah solekanm yang dikenakan tidak tahan lama dan cepat pudar. Bukan itu sahaja, wajah juga kelihatan berminyak di dan tidak berseri. Jelita kongsikan beberapa tip yang anda boleh praktikkan untuk mendapatkan kesan solekan tahan lebih lama.
Biarkan Pelembap Meresap
Sebelum mengoles bedak asas, pastikan anda mengaplikasikan krim terlebih dahulu. Sapukan rata pada wajah dan pastikan ia meresap sempurna di dalam kulit sekitar 10 minit. Jangan terus pakai bedak asas ya. Ini adalah untuk memastikan agar kulit anda tidak kering dan kusam.
Bedak Asas Jenis Matte
Penggunaan foundation atau bedak asas sememangnya dapat membantu membuatkan mekap kelihatan lebih sempurna. Pilih bedak asas dari jenis matte kerana ia tidak berkilat dan ia berikan efek kekal lebih lama.
Pakai Loose Powder
Loose powder atau bedak polos adalah lebih sesuai kerana ia bertekstur ringan dan menyerap lebih minyak berlebihan pada wajah.
Maskara dan Penggaris Mata Bersifat Kalis Air
Kebiasaannya solekan maskara dan penggaris mata akan cepat luntur dan comot apabila terdedah kepada matahari dan aktiviti luar. Untuk itu, pilih maskara dan penggaris mata dari jenis waterproof atau kalis air agar efeknya tahan lebih lama. Untuk pembayang mata, anda boleh sapukan base pada kelopak mata sebelum mengoleskan pembayang mata. Ini adalah untuk membiarkan warnanya lebih pekat dan memberikan kesan yang lebih lama.
Lipstik Tidak Mudah Luntur
Anda disarankan untuk membingkaikan bibir dengan penggunaan lipstik jenis pensil terlebih dahulu. Ratakan keseluruhan pada bibir. Selain itu, anda juga boleh sapukan bedak asas atau pelembap bibir jika inginkan kesan warna lipstik yang lebih terang. Bibir anda juga tidak akan kering. Cubalah!
The post Mekap Tahan Lebih Lama appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment