Lima Tabiat Buruk Yang Merosakkan Rambut Anda

Rambut adalah mahkota buat wanita. Selain daripada kecantikan kulit tubuh, penjagaan rambut juga perlu dititik beratkan. Walaupun wajah anda bersih dan mulus tanpa sebarang cela, tapi jika rambut anda mengerbang dan kasar, tidak guna juga.

tip rambut cantik

Jelita senaraikan tabiat yang merosakkan rambut dan perlu dihentikan sekarang! Jika anda dapati rambut anda sering gugur dan kasar, mungkin senarai inilah penyebabnya.

1. Cara Tepat Keringkan Rambut 
Ya, betul. Semua sudah sedia maklum membasuh rambut dengan kerpa dan menggunakan air panas merosakkan rambut anda. Tetapi cara mengeringkannya juga perlu menggunakan kaedah yang betul. Jangan amalkan menggunakan pengering rambut dengan suhu yang tinggi. Anda disarankan menggunakan kipas dan menekap rambut dengan tuala. Elakkan menggosok rambut dengan tuala kerana ianya boleh merosakkan struktur rambut.

2. Lindungi Daripada Sinaran Mentari 
Rambut sama seperti kulit anda. Lindunginya daripada selaran matahari. Sinaran matahri menyebabkan rambut menjadi kusam dan warna akan pudar. Rambut yang kering menyebabkan ianya bercabang dan menyebabkan rambut anda berkelemumur. Gunakan topi besar atau selendang jika mahu bersantai di tepi pantai ketika matahari terik.

3. Ikat Rambut Dengan Betul
Tidak kira bagaimana gaya anda mengikat rambut, pastikan ikatan itu tidak terlalu ketat. Mengikat rambut dengan ketat menyebabkan rambut gugur dan akar rambut menjadi lemah. Jika anda rimas dengan juntaian rambut, guna cekak atau skraf kepala. Untuk lebih kreatif, sikat rambut anda ke belakang dan lilit skraf atau gunakan reben sebagai pengikat rambut. Oles serum di rambut anda supaya tampak kemas dan tidak mengerbang.

4. Bantal Tidur
Sebelum tidur, angkat rambut anda dan letakkan di atas bantal. Elakkan menghimpit rambut atau mengikatnya ketika tidur. Bantal daripada material kapas mempunyai permukaan yang kasar. ini menyebabkan rambut anda rosak ketika badan bergerak sewaktu tidur. Gunakan material daripada sutera ataupun bungkus rambut anda dengan ikatan turban menggunakan kain lembut. Itupun jika anda selesa dengan kaedah ini.

5. Pilih Produk Rambut Yang Sesuai
Periksa kandungan sebarang produk rambut sebelum membelinya. Produk yang mengandungi ramuan alkohol, parabens, sulfur ataupun wangian tiruan merosakkan rambut. Guna produk organik ataupun rajin-rajinlah amalkan petua tradisional menggunakan produk semulajadi. Minyak kelapa dara, minyak zaitun, mayonis, telur dan gel lidah buaya adalah bahan yang paling bagus untuk merawat rambut.

Sumber: Majalah Eh!

Foto: 123rf.com

The post Lima Tabiat Buruk Yang Merosakkan Rambut Anda appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment