iPhone 7 dan 7s Tampil Dengan Ciri Lebih Canggih

Apple telah melancarkan siri iPhone terbarunya – iPhone 7 dan 7s sebentar tadi dengan ciri lebih baik dan canggih! Seperti biasa, Apple akan sentiasa menaik taraf perincian pada setiap siri terbarunya. Bukan itu sahaja, kali ini dua lagi gajet hangat terbaru dilancarkan serentak.

review iphone 7

Foto: Apple.com

Pertama sekali, iPhone 7 tidak lagi menggunakan soket headphone seperti yang anda ketahui sebelum ini. Sebaliknya Apple telah mencipta sebuah earphone wayarles yang dipanggil ‘AirPods’. Malah satu lagi gajet dilancarkan iaitu ‘Apple Watch Series 2’. iPhone 7 dan 7s telah dilancarkan di San Francisco, Amerika Syarikat dan United Kingdom dimana di UK, harga iPhone 7 bermula dengan harga £599.

Ciri-ciri terbaru iPhone 7 and iPhone 7 Plus:

Pembesar suara stereo
Kalis air dan habuk
Jangka hayat bateri lebih lama: iPhone 7 tahan dua jam lebih lama daripada iPhone 6s.
Warna: Hitam Jet, Hitam, Emas, Perak, dan Emas Ros
Cip A10 Fusion dengan CPU 64-bit four core
Simpanan data: 32GB, 128GB, 256GB
Harga: Bermula dengan £599 (UK)

review iphone 7

Foto: usatoday.com

Perubahan terbesar adalah dengan menyingkirkan headphone terdahulu yang digantikan dengan AirPods yang Jelita rasakan sedikit janggal kerana ianya wayarles dan anda hanya perlu letakkan di telinga anda. Jangka hayat bateri AirPods ialah lima jam namun boleh bertahan sehingga 24 jam jika disimpan di dalam bekas pengecasnya.

review iphone 7

Foto: Apple.com

Apple juga melancarkan siri terbaru yang telah dinaik taraf iaitu ‘Apple Watch Series 2’ yang juga kalis air. Anda boleh berenang dan menyelam sedalam 50 meter di dalam air jika memakai jam tangan canggih ini. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari Apple.com

 

 

The post iPhone 7 dan 7s Tampil Dengan Ciri Lebih Canggih appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment