Iphone 7, Ciri-ciri Menarik Yang Anda Perlu Tahu

Oleh : Farhana Fuad

Gambar : Apple.com

 

 

Teka-teki akan rekaan dan ciri-ciri iPhone 7 kini terjawab! Ternyata tekaan ramai akan rekaan inovasi terkini dari jenama gajet gergasi dunia, Apple ini sedikit sebanyak punya persamaan dan lebih dari apa yang disangkakan sebenarnya.

 

Acara pelancaran iPhone 7 dan 7 Plus serta Apple Watch Series 2 dan set headphone tanpa wayar pun berlangsung malam tadi (waktu Malaysia) di San Francisco.

 

Buat mereka yang ketinggalan untuk menyaksikan video Keynote pelancaran teknologi canggih dari Apple ini, EH! senaraikan 12 ciri-ciri iPhone 7 dan 7 Plus yang memang cool dan best untuk pengetahuan anda.

 

1. Rekaan

Boleh kata iPhone  7 adalah rekaan dari Apple yang memang cool dan sleek. Rekaan kali ini masih lagi dengan rekaan tipis dan bulat pada sisi tepi, namun kini bahagian kamera belakang dicipta dengan sedikit bumpy dengan aluminium melindungi kotak kamera untuk ciptaan yang lebih bergaya. Ia jauh lebih ringan dengan berat hanya 138g  yang mana iPhone 6S sebelum ini direka seberat 143g.

 

2. Kamera

Kamera iPhone 7 totally revamped! Berikut adalah ciri-cirinya:

  • Punya sistem stabilization
  • Dicipta dengan bukaan lensa f/1.8
  • Hadir dengan 6 elemen lensa
  • 12 megapiksel yang mana 60% lebih pantas dan 30% lebih bertenaga
  • Kamera hadapan dengan 7 megapiksel
  • Sinaran flash Quad-LED True Tone

 

Kamera iPhone 7 Plus lebih inovatif!

 

  • Direka dengan dwi-kanta
  • Bercirikan zoom terbaru dengan 12 megapiksel lensa belakang. Salah satu darinya dengan lensa bersaiz 28mm dan satu lagi lensa telefoto bersaiz 56mm.
  • Dwi-kamera iPhone 7 disempurnakan dengan efek bokeh. Ia membuatkan efek blur pada bahagian belakang objek seperti mana kamera DSLR mampu lakukan. Efek depth di dalam iPhone 7 Plus boleh dihidupkan atau dimatikan menerusi aplikasi kamera. Efek bokeh ini hanya boleh didapati ketika proses kemas kini software akan datang pada tahun ini.

 

3. Cip A10

Kali ini, iPhone 7 ditingkatkan lagi tenaga dan kepantasannya dengan cip A10 Fusion SoC. Boleh kata ia membuatkan 40% lebih pantas dari cip A9 dan dalam masa yang sama ia memanjangkan hayat bateri. Apple menyatakan yang cip A10 Fusion ini adalah cip yang terbaik yang belum pernah digunakan dalam mana-mana telefon pintar yang lain.

 

 

4. Simpanan Data

Saiz simpanan data untuk iPhone 7 digandakan dari sebelum ini iaitu dengan bermula 32GB, 128GB dan 256GB. So no more deleting images or uninstalled applications again!

 

5. Paparan Skrin

Yang best lagi, Apple kemaskini paparan skrin untuk iPhone 7 dengan paparan Retina HD yang mana 25% lebih cerah berbanding skrin untuk model iPhone terdahulu. Dalam masa yang sama ia masih menyokong 3D Touch serta fungsi pengurusan pencerahan dan warna.

 

6. Bateri

Istimewanya lagi, iPhone 7 dicipta dengan bateri yang boleh bertahan dua jam lebih lama dengan kegunaan harian berbanding iPhone 6S dan iPhone 7 Plus pula akan bertahan sejam lebih lama dari iPhone 6s Plus.

 

7. Rona baru

iPhone 7 masih akan hadir dengan rona silvergold dan rose gold, namun tiada lagi rona space grey. Sebaliknya, Apple menggantikannya dengan rona baru iaitu ‘black‘ dan high-gloss ‘jet black‘ yang belum pernah kita lihat di telefon pintar material aluminium. Jet Black hanya akan hadir dengan saiz simpanan data 128GB dan 256GB.

 

8. Kalis Air dan Habuk

Boleh kata ciri-ciri yang ini adalah yang dinantikan oleh ramai peminat iPhone iaitu kalis air dan habuk. Dengan perlindungan IP67, iPhone 7 setanding dengan Samsung Galaxy S7. Jadi anda boleh gunakannya ketika mandi atau mungkin tidak hirau lagi jika berlari dalam hujan.

 

9. Butang Home

Kali ini, butang iPhone 7 dan iPhone 7 Plus diperbaharui dengan sokongan Force Touch dan enjin Taptic terbaru.

 

10. Audio

Say no more to headphone jack! Anda suka atau tidak, kali ini tiada lagi 3.5mm lubang audio untuk iPhone 7 dan 7 Plus. Model kali ini diperhebat dengan pembesar suara stereo dan 50% lebih lantang dari model iPhone sebelum ini. Lightning EarPod akan menggantikan yang lama dan ini bermakna yang anda boleh terus plug in. Dalam masa yang sama, adaptor juga akan disediakan, jadi anda boleh terus menggunakan headphone sedia ada jika anda mahu.

 

Jika anda mahukan lebih stail, anda boleh dapatkan AirPod yang mana merupakan earphone tanpa wayar pertama dari Apple! Anda boleh nikmati muzik pilihan anda selama lima jam dengan sekali cas penuh. Ia juga diperhebat dengan dwi mikrofon yang mana membolehkan anda untuk menjawab panggilan dan berinteraksi dengan Siri.

 

iPhone 7 dan 7 Plus akan mula dipasarkan bermula di Amerika Syarikat bermula 16 September dan proses tempahan awal telah pula bermula hari ini. Penjualan untuk negara lainnya akan diumumkan kelak. Harga pasaran iPhone 7 dan iPhone 7 Plus adalah seperti berikut :

 

iPhone 7

32GB – 649USD

128GB – 749USD

256GB – 849USD

 

iPhone 7 Plus

32GB – 769USD

128GB – 869USD

256GB – 969USD

 

 

 

 

 

 

 

The post Iphone 7, Ciri-ciri Menarik Yang Anda Perlu Tahu appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment