Pengambilan makanan secara berlebihan tidak baik untuk kesihatan dan badan. Terutama makanan berlemak dan berminyak yang mengundang kepada peningkatan kolestrol serta berat badan berlebihan. Disebabkan itu, anda disarankan untuk makan buah-buahan yang mengandungi serat yang tinggi dalam membantu makanan yang dimakan diproses dengan cepat dan mudah. Berikut adalah buah-buahan yang elok dimakan:
Tembikai
Mengandungi 0.3g serat dalam setiap 100g tembikai. Buah ini juga mengandungi vitamin A dan C, kalium, magnesium serta fosforus. Tembikai baik untuk menguatkan daya tahan tubuh, melambatkan penuaan, mencegah barah usus, menurunkan kadar kolestrol serta antioksidan terbaik dalam membuang toksin dalam badan.
Epal merah
Buah ini mengandungi serat larut, asam organik dan kalium yang berkhasiat untuk mengawal tekanan darah. Kulitnya mengandungi pektin yang berfungsi sebagai pembersih toksin dalam badan, menyerap lebihan air dalam usus, menghalang karies gigi serta gusi, menurunkan kadar kolestrol dan meningkatkan HDL (high density lipoprotein).
Tembikai susu
Sebanyak 0.7g serat terkandung di dalam 100g tembikai susu. Buah ini mengandungi karbohidrat, vitamin A dan C, kalium, kalsium, magnesium serta fosforus. Tidak hanya untuk menurunkan kolestrol malah tembikai susu berfaedah untuk menurunkan tekanan darah, mengatasi demam, mengubati sakit jantung dan strok, membersihkan sistem peredaran darah, anti-oksida serta melancarkan sistem pencernaan.
Buah Naga
Ada 0.7g serat di dalam setiap 100g buah naga. Selain itu, buah ini juga mengandungi kalium, pektin, magnesium, fosforus dan zat besi. Buah naga juga digunakan untuk melancarkan sistem pencernaan, menurunkan kadar gula dalam darah, mengawal kolestrol, mencegah kanser serta meningkatkan kesihatan organ penglihatan.
Belimbing
Buah ini baik dalam meredakan panas, mencegah serta mengatasi jangkitan mulut dan tekak, mengatasi batu karang, menurunkan kadar kolestrol, anti-oksida, menurunkan tekanan darah serta boleh digunakan untuk menyembuhkan diabetis militus. Belimbing mengandungi vitamin A dan C serta pelbagai serat buah. Kandungan seratnya ialah 0.9g di dalam setiap 100g buah.
Nanas
Pektin dalam nanas membantu meredakan panas dalam paru, melancarkan proses pelawasan, meredakan batuk dan demam, mengubati strok, sakit jantung, mengatasi jangkitan, melancarkan pencernaan, serta mengatasi masalah anemia. Ada segram serat ada di dalam setiap 100 g nanas.
Betik
Buah ini kaya dengan vitamin A, B dan C, kalium, kalsium, magnesium, pepain dan karbohidrat. Sebanyak 1.3g serat terkandung di dalam setiap 100g betik. Pepain di dalamnya baik untuk mengurai protein dalam usus dan melancarkan pengeluaran air susu serta mambantu mempercepatkan penyembuhan luka. Jika dicampur dengan mangga, betik elok untuk mengurangkan bengkak dan radang.
Avokado
Buah ini paling banyak mengandungi serat iaitu 2.2g di dalam setiap 100g. Avokado baik untuk mengawal anemia dan membantu dalam pembentukan sel darah merah. Bukan itu sahaja, buah ini juga mengandungi protein, vitamin A, kalium, kalsium dan magnesium. Harus diingat, jangan memakannya terlalu banyak kerana kandungan lemaknya boleh menyebabkan gemuk.
The post Buah Berserat Baik Untuk Kesihatan appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment