Jika anda berdepan kesukaran buang air besar atau tidak semudah biasa, bermakna tubuh anda memerlukan lebih banyak serat.
Serat bertugas untuk membantu apa saja untuk ‘ke bawah’ dan keluar daripada tubuh, pendek kata membantu sistem pencernaan. Tanpanya, sistem ini akan menjadi kurang ideal seperti yang diingini.
Menurut pakar, serat mencipta satu span yang besar, berserat dan dengan gel mucilaginous yang membantu produk pencernaan untuk sampai ke garisan penamat. Ia turut membantu mencipta najis yang lebih solid supaya anda lebih terasa untuk membuang malah ia sebenarnya membantu anda untuk membuang air besar dengan lebih mudah. Jumlah serat yang diperlukan? Kira-kira 25 ke 35 gram sehari.
Serat yang terbaik adalah yang tidak berlabel atau dipek tetapi hadir dalam bentuk semula jadi seperti buah-buahan, sayuran, kekacang dan bijirin. Kumpulan ini yang paling serasi dengan sistem pencernaan anda, jadi Jelita senaraikan makanan berserat paling baik untuk perut anda.
Jika anda tidak lalu, tidak salah untuk suai padankannya di dalam sesebuah resipi atau cuba makan sekurangnya-kurangnya satu daripadanya dalam setiap menu harian.
- Ubi Keledek.
Sebiji ubi keledek (yang dibakar, tanpa kulitnya) mempunyai 6g serat.
2. Kacang Hitam.
Secawan kacang ini mengandungi amat banyak serat iaitu kira-kira 19g. Sudah tentu sedap bersama salad.
3. Edamame.
Secawan edamame bersamaan dengan 8g serat dan bila anda mula saja memakannya, pasti secawan itu tidak terasa banyak mana pun.
4. Epal.
Epal bersaiz sederhana mempunyai kira-kira 4.4g serat dan bila makan dengan dua sudu besar jem kacang, terus jumlahnya naik sehingga 6.4g
5. Avokado.
Sebiji avokado padat dengan 9.2g serat, jadi nak makan avokado bakar banyak mana pun tidak mengapa.
6. Prun.
Walaupun ramai orang menasihatkan jika sembelit, elok makan prun tetapi sebenarnya kadar seratnya tidak sepadat mana. Enam prun kering hanya memberikan 4g serat. Tetapi lebih baik ada daripada tiada langsung.
7. Brokoli.
Batang bersaiz sederhana daun hijau ini memiliki 6g serat.
8. Biji Chia.
Hanya satu auns biji chia mengandungi 10g serat, makanan yang cukup mudah terutama jika anda selitkannya dalam sarapan harian.
9. Pir.
Buah yang bersais sederhana memiliki 5.5g serat. Makan saja atau masaknya takpun potong dan makan bersama oat atau bersama manisan.
10. Beri Hitam.
Mungkin sejenis buah yang mahal tetapi buah permata hitam ini mengandung 8g serat dalam satu cawan. Yang penting, ia sangat lazat!
Foto: ING Image/Click Photos
The post 10 Makanan Bantu Mudahkan Buang Air Besar appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment