Bayangkan, cuaca yang hangat dan dihidangkan dengan potongan tembikai yang menyegarkan. Tekak yang kering dibasahkan dengan buah tembikai yang sejuk dan manis. Tapi, pernahkah anda terfikir bagaimana tip untuk membeli buah tembikai yang sempurna dan dijamin sedap?
Kadangkala bila kita membeli tembikai, isinya tidak seperti yang kita jangkakan. Warna yang tidak semerah delima dan rasa yang tawar. Jelita berikan anda tip untuk memilih dan mengenal pasti buah tembikai yang ranum dan sedap sebelum anda membelinya.
Kesan Tompok Kuning
Menurut petani yang mengusahakan kebun buah-buahan, tompok berwarna kuning itu menunjukkan dimana tembikai tersebut terletak di atas tanah. Tembikai yang ranum selalunya mempunyai tompok tersebut. Selepas ini jika anda nampak tompok sebegini, bermakna tembikai tersebut sudah cukup masak dan manis isinya!
Corak Sesawang
Corak seperti ini bukan bermaksud tembikai tersebut sudah busuk. Sebaliknya ianya terjadi hasil daripada sentuhan lebah yang membawa debu bunga. Kesannya, tidak memudaratkan pun tetapi membuatkan tembikai mejadi lebih manis.
Kenali Jantina Tembikai
Anda pasti pernah melihat beberapa bentuk tembikai yang bulat seperti glob ataupun lonjong umpana sebiji telur. Tembikai ‘jantan’ lebih panjang dan lonjong dan isinya penuh dengan air. Manakala tembikai ‘betina’ lebih bulat dan mempunyai rasa yang lebih manis.
Kaji Struktur Tangkai
Kebanyakan daripada kita mungkin berfikir warna tembikai yang hijau pekat bermakna ianya mempunyai kualiti yang paling bagus. Sebenarnya jika tembikai itu terlalu hijau dan agak ringan ketika dipegang, bermakna ianya dipetik sebelum waktunya. Lihat pada tangkai tembikai. Jika ianya kering dan berwarna keperangan, itu menunjukkan tembikai sudah cukup ranum dan manis isinya.
Foto: 123rf.com
The post Tip Memilih Buah Tembikai Yang Ranum Dan Sedap appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment