Tip Dan Adab Sebelum Berpindah Ke Rumah Baru

Ramai yang mengambil mudah mengenai adab yang perlu dilakukan sewaktu memasuki rumah baru terutama kediaman yang lama dibiarkan kosong tanpa berpenghuni. Jadi amat penting untuk mengamalkan perkara berikut bagi memastikan rumah itu selamat didiami bagi memudahkan anda memulakan lembaran baru.

adab pindah rumah baru

Jelita berkongsi tip berpindah ke rumah baru bersama pendakwah bebas, Ustaz Shahrizan Daud
at Turabi. Katanya amat penting untuk mengamalkan perkara berikut bagi memastikan rumah itu selamat dan lebih selesa didiami. “Sebelum berpindah, si pemilik rumah berkenaan haruslah memastikan kediamannya itu bersih daripada najis berat seperti anjing dan khinzir.

Jika pemilik sebelumnya adalah bukan Islam dan dia membela anjing serta memakan daging khinzir, anda perlu menyamak kawasan atau ruang yang diyakini terkena najis itu. Jika tidak pasti siapakah gerangan pemilik sebelumnya, memadai dengan membasuh rumah itu sahaja,” ujarnya. Tambah Ustaz Shahrizan, sewaktu memasuki rumah baru, si pemilik digalakkan untuk melaungkan azan serta mendirikan solat berjemaah bagi mendapat keredaan dan keberkatan dari Allah. Ini amat digalakkan oleh Rasulullah SAW bagi mengelakkan kehadiran jin yang gemar mendiami rumah tanpa penghuni.

Amalkan ini untuk meraih lebih keberkatan:

Amalan biasa yang dilakukan sewaktu memasuki rumah baru adalah dengan membaca
surah Yasin, al-Baqarah, al-Fatihah serta tiga Qul (al-Ikhlas, al-Falaq, dan an-Nas). Surah
ini dibaca di dalam kawasan rumah dan diulang sebanyak tiga kali atau tujuh kali.

  • Si pemilik juga boleh membaca surah ini pada air dan air ini dipercikkan di sekitar kawasan
    rumah bermula di sebelah kanan dan berakhir di sebelah kiri. Ini adalah amalan masyarakat Islam
    untuk menghalang daripada gangguan jin. Setiap ayat al-Quran yang dibacakan ke atas air akan
    menghasilkan nada gelombang yang baik dan laju. Ini amat dibenci oleh makhluk ghaib seperti
    jin dan syaitan.
  • Jangan sesekali menghiasi atau meletakkan barang yang menyerupai patung binatang, pemujaan
    serta gambar yang mendedahkan aurat bagi menjamin malaikat rahmat masuk ke dalam rumah.
  • Amat digalakkan untuk mencari rumah yang mempunyai persekitaran yang baik. Dekat dengan
    masjid atau surau dan mempunyai jiran yang baik supaya kebaikan itu turut masuk ke dalam rumah menyinari seluruh kediaman kamu.
  • Apabila berpindah ke rumah baru, si pemilik diibaratkan seperti berpindah daripada satu
    kegembiraan kepada kegembiraan yang lain. Jadi, amat digalakkan oleh sunnah untuk membuat
    jamuan dengan menjemput jiran tetangga bagi mengeratkan silaturrahim serta mendapat rahmat serta keberkatan dari Allah SWT.

Foto: 123rf.com

The post Tip Dan Adab Sebelum Berpindah Ke Rumah Baru appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment