Jika anda belum mencecah usia 35 tahun dan ke atas, anda mungkin belum dikategorikan sebagai wanita dewasa yang lengkap. Anda mungkin tidak tahu bagaimana rasanya menjadi wanita yang telah melangkaui usia tersebut.
Pengalaman mematangkan kita dan anda kalau boleh mahu mengelak dari melakukan kesilapan. Supaya anda tidak berasa menyesal dengan tindakan atau situasi yang telah berlaku. Jelita menyelami hati wanita yang telah mencecah usia 35 dan ke atas. Supaya anda boleh jadikan panduan dari sekarang bila menginjak usia 35 tahun!
Sayangi Dan Terima Diri Seadanya.
Tiada manusia yang sempurna! Jika anda telah melakukan kesilapan, terimanya dengan seadanya. Ingatkan diri anda yang kesilapan ini adalah satu bentuk pengajaran buat anda. Apa yang salah adalah jika anda mengulanginya lagi. Belajar sayangi diri dan terima ketentuan Tuhan. Ini sangat membantu dalam mencapai perhubungan yang baik.
Mencari Inspirasi
Di saat usia sebegini, anda seharusnya sudah tahu apa yang anda mahu dan sukakan. Anda kena terima kenyataan yang di saat ini anda perlu bijak mengatur hidup. Cari hobi yang membuatkan anda gembira. Cuba pelbagai hobi – memasak, bercucuk tanam, menjahit ataupun menceburkan diri dalam perniagaan kecilan.
Sokongan Diri
Selain daripada diri sendiri, anda harus kenali siapa rakan atau individu yang akan membantu dan meberi sokongan kepada anda. Jaga hubungan dengan mereka kerana anda akan memerlukan mereka satu hari nanti.
Dahulukan Diri Anda
Anda harus berhenti mendahulukah orang lain sehingga kesihatan sendiri terabai. Sebarang keputusan yang melibatkan diri sendiri serta pilihan hidup, anda yang perlu menentukannya. Ingat, bukan senang untuk memuaskan hati orang lain dan mungkin tidak akan pernah mampu melakukannya.
Melihat Dunia Luar
Terapkan di dalam diri yang anda mahu mengelilingi dunia! Kenali kehidupan, budaya lain dan lawati tempat yang belum pernah dilawati. Tidak perlu berbelanja besar. Cukup hanya di mana-mana lokasi yang memberikan ketenangan. Jika tidak, sampai bila? Melancong akan membuka minda dan mata anda. Kadangkala membantu anda membuat keputusan yang sukar ketika berada jauh dari ‘habitat’ lama.
Don’t Worry, Be Happy!
Terlau kerap berfikir dan memikirkan sesuatu dengan mendalam membuatkan anda runsing dan sukar untuk tidur. Berasa bimbang selalu tidak memberi faedah malah membuatkan anda tidak sihat! Sentiasa berfikiran positif kerana setiap kesukaran ada jalannya. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Fokus kepada hari-hari yang akan datang. Anda akan dapat lihat bagaimana anda sebenarnya yang mengawal keadaan.
Foto: 123rf.com
The post 6 Perkara Yang Anda Perlu Amalkan Sebelum Mencecah 35 Tahun appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment