“Tindakan itu biadab dan tidak menghormati rakan saya Usher.” – Yuna

landscape-1463515946-yuna-2016-by-aimanness-look2-1

Gambar : ELLE.com

 

Baru-baru ini program hangat MeleTop yang di bawah saluran Astro Ria telah pun menyiarkan aksi parodi video klip lagu Crush duet antara Yuna dan Usher. Video tersebut juga dimuat naik di laman sosial serta telah pun menjadi viral.

 

Video parodi yang menyaksikan Jihan Muse beraksi sebagai Yuna dan Shuk SYJ sebagai Usher itu disifatkan Yuna sebagai menghina rakan duetnya itu dan boleh menjejaskan karier nyanyiannya.   Bagi Yuna video parody tersebut tidak sepatutnya disiarkan kena ia seakan menghina masyarakat atau bangsa yang berkulit gelap.

 

shuk_jihan_blackface_0508_620_465_100

Gambar : Malay Mail Online

 

Yuna turut menulis di laman Facebook miliknya ,“Kawan-kawan semua, saya harap kamu semua tahu bahawa parodi yang dilakukan mereka (Astro) boleh menyebabkan karier saya di negara ini berakhir. Tindakan itu biadab dan tidak menghormati rakan saya Usher.”

 

Sebelum ini video persembahan Yuna bersama Usher di Los Angeles menjadi trending di media sosial apabila ramai yang mempersoalkan tindakan Usher memeluk Yuna.

 

yuna6

 

Dalam video parodi tersebut, Jihan turut melakonkan adegan berkenaan. Yang mencetus kemarahan Yuna lagi ialah apabila Shuk yang dipilih untuk melakonakan watak Usher tampil berwajah gelap dan ini sekaligus membangkit sikap perkauman bagi penyanyi yang menetap di Amerika itu.

 

 

Yuna menyatakan yang sekiranya Usher sendiri melihat video berkenaan, pastinya beliau tidak akan mahu lagi menerima sebarang kerjasama bersama selebriti dari Malaysia.

 

Yuna turut meminta agar semua pihak agar berhenti dari berkongsi video parodi berkenaan. Dalam pada masa yang sama, pihak program MeleTOP telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman Twitter rasminya hari ini.

 

 

The post “Tindakan itu biadab dan tidak menghormati rakan saya Usher.” – Yuna appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment