Fakta Dan Kehebatan Mata Yang Anda Tidak Tahu

Dari mata turun ke hati. Dari hati yang ikhlas meluahkan kebenaran dari renungan mata. Tetapi bukan tentang cinta yang Jelita mahu kongsikan di sini. Tanpa mata anda tidak boleh melihat keindahan ciptaan Tuhan di dunia ini. Kita sendiri kadangkala tidak mempedulikan pemberian paling bermakna ini, iaitu sepasang mata.

fakta mata

Kita mungkin terlupa yang mata adalah anggota badan yang unik malah saintis dunia juga tidak dapat menggambarkan betapa kompleksnya mata manusia. Jelita mahu berkongsi fakta hebat mengenai mata. Jangan lupa, berikan mata anda masa untuk berehat!

  • Anak mata anda akan melebar sehingga 45% ketika merenung orang yang anda sangat cintai.
  • Kornea mata manusia mempunyai ciri fizikal yang hampir sama dengan ikan jerung dan ianya digunakan dalam pembedahan mengganti kornea manusia.
  • Setiap biji mata mengandungi lebih 100 juta sel dan kesemuanya adalah sensitif kepada cahaya.
  • Setiap seorang daripada 12 lelaki dewasa adalah buta warna.
  • Mata anda mempunyai lebar 2.5cm dan seberat lebih kurang 8 gram.
  • Sepanjang kehidupan, mata anda boleh melihat 24 juta imej yang berbeza.
  • Iris mata digunakan dalam sistem pengecaman identiti di sesetengah syarikat moden kerana ianya mempunyai 256 karakter, lebih hebat daripada cap jari manusia.
  • Mata anda secara purata berkelip 17 kali seminit, 14,280 kali sehari, dan 5.2 juta kali setahun.
  • Mata anda boleh fokus kepada 50 benda dalam masa sesaat.
  • Setiap helai bulu mata mempunyai jangka hayat lima bulan.
  • Individu yang mempunyai warna anak mata biru mempunyai karakter yang sama dengan individu lain yang berwarna biru.
  • Semua bayi adalah buta warna ketika baru dilahirkan.
  • Mata anda adalah anggota badan yang sentiasa aktif 24 jam tanpa henti.
  • Jika anda dilahirkan tidak buta, namun menjadi buta selepas kemalangan atau sebagainya, anda masih boleh melihat mimpi dalm tidur!

 

Foto: 123rf.com

The post Fakta Dan Kehebatan Mata Yang Anda Tidak Tahu appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment