VIDEO GELEK – KAZAR AKUI SUDAH PUAS NASIHAT ANAK

catsGara-gara video gelek maut anaknya, pelakon Kazar Saisi dicemuh warga laman sosial. Namun sebagai seorang bapa, Kazar mengakui bahawa dia sendiri sudah penat menasihati anaknya itu.

“Dah penat nasihat tapi biasalah jika tidak kena, dia tidak mahu dengar (nasihat). Sekarang dia sendiri sudah belajar dan menerima kesan atas tindakannya itu. Tapi saya anggap itu perkara biasa bagi seseorang yang sedang melalui zaman remajanya, saya tidak marah dia kerana kalau saya marah dia akan lebih tertekan dan lari rumah pula nanti

“Apa yang dilakukan itu bukanlah terlalu teruk sehingga memalukan keluarga, perangai nakal remaja saya dahulu lebih teruk dari itu cuma zaman kami tiada media sosial sahaja,” jelasnya.

Justeru itu, Kazar memohon agar masyarakat tidak terus menghukum perbuatan anaknya itu dan memberi peluang kepadanya untuk menjadi manusia lebih baik.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment