Pelakon dan pengarah, Dira Abu Zahar menjelaskan perselisihan faham dalam rumah tangganya sebagai pergaduhan yang biasa dilalui pasangan suami isteri.
Dira berkata kisah peribadi tidak perlu digembar gemburkan atau dikecohkan kepada khalayak terutama apabila membabitkan hal perkahwinan.
Dira sebelum ini mengunci mulut daripada menjawab gosip perpisahan dengan pengarah fotografi, Helmi Yusof yang dibina lima tahun lalu sudah berakhir.
“Tiada apa mengenai isu rumah tangga saya yang perlu dikecohkan kerana ia adalah perselisihan faham biasa saja,” ulasnya.
Terdahulu, sebuah portal hiburan tempatan menerusi ruangan gosip mendakwa Dira dan suaminya, Helmi Yusof sudah bercerai pada awal Ramadan lalu.
Beliau juga dikatakan mengalami tekanan hingga dikejarkan ke hospital dan ditahan selama seminggu disebabkan kemurungan yang dialaminya.
Menerusi artikel sama, kemelut rumah tangga mereka dikatakan berpunca daripada penajaan filem Bikers Kental yang membangkitkan beberapa isu dan akhirnya menjurus kepada perceraian.
0 comments :
Post a Comment